Page 28 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 28
Hakikat bermaksud orang-orang yang pada hakikatnya telah mengaku Islam tetapi
belum menjalankan syariat Islam. Pada tahap berikutnya orang yang telah memeluk
agama Islam telah mulai menjalankan syariat Islam, pada tahap ini orang tersebut
sudah disebut sebagai orang beriman, namun begitu, ia belum menjamin seseorang
untuk menjadi orang yang baik kerana masih ramai orang yang telah menjalankan
syariat Islam namun masih melakukan kemungkaran atau perbuatan buruk yang
disebabkan kerana ia belum mengenal Allah dengan baik (Ma’rifatullah). Orang
yang telah mengenal Allah (Ma’rifatullah) akan selalu berbuat baik kerana dia
merasa selalu diawasi Allah, dan inilah yang disebut dengan Ikhsan yang merupakan
tingkatan tertinggi seseorang dalam memeluk agama Islam. Orang yang telah
mencapai Ma’rifat akan mempunyai keyakinan Tauhid yang tinggi, sehingga dia akan
mempunyai kelebihan dibandingkan orang lain.
Gambar rajah 3.1.5 Bumbung dan struktur-struktur bumbung di ruangan utama
solat
25 .