Page 23 - BP_SPKPPD
P. 23
5.2.1.10 Pengurusan Penyenggaraan
(PPD-PK-PS-10)
Prosedur ini adalah untuk memberi panduan bagi
memastikan pengurusan penyenggaraan peralatan,
prasarana, komputer dan perkakasan dilaksanakan supaya
proses pemberian latihan separa profesional berjalan dengan
lancer.
5.2.1.11 Kawalan Terhadap Ketakpatuhan
(PPD-PK-PS-11)
Memastikan proses yang tidak memenuhi piawaian yang
ditetapkan, dikenalpasti bagi mencegah ia digunakan secara
tidak sengaja.
5.2.2 Prosedur Kualiti Pemberian Latihan Separa Profesional
Prosedur ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang
disampaikan iaitu Pemberian Latihan Separa Profesional.
5.2.2.1 Perancangan Aktiviti PLSP Politeknik
(PPD-PK-PLSP-01)
Prosedur ini bertujuan untuk membuat perancangan aktiviti
Pemberian Latihan Separa Profesional (PLSP) bagi
memastikan Takwim Aktiviti Tahunan Politeknik dapat disedia
dan diedarkan dan Pengeluaran surat perlantikan Ahli
Jawatankuasa Induk (sekiranya ada lantikan baru).
5.2.2.2 Penyediaan Jadual Waktu
(PPD-PK-PLSP-02)
Prosedur ini menghuraikan proses penyediaan jadual waktu
yang perlu disiapkan selewat-lewatnya dalam minggu
pertama sesi pengajian bermula supaya aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan
5.2.2.3 Pengambilan dan Pengurusan Pelajar
(PPD-PK-PLSP-03)
Prosedur ini menggariskan tindakan-tindakan bagi
pengurusan pendaftaran pelajar agar calon dapat melalui
setiap proses pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti 14