Page 24 - BP_SPKPPD
P. 24

5.2.2.4        Proses Pengajaran dan Pembelajaran
                                                   (PPD-PK-PLSP-05)
                                     Prosedur  ini  memberi  panduan  kepada  pensyarah  dalam
                                     pelaksanaan Pemberian Latihan Separa Profesional supaya
                                     mendapat  sekurang-kurangnya 25 % daripada pelajar yang
                                     lulus  mencapai  Purata  Nilai  Mata  (PNM)  3.00  atau  lebih
                                     untuk  setiap  program  bagi  setiap  semester  dan  juga  kadar
                                     kelulusan  bagi  setiap  program  tidak  kurang  daripada  90  %
                                     bagi setiap semester.



                                     5.2.2.5        Pengurusan Kokurikulum
                                                   (PPD-PK-PLSP-06)

                                     Prosedur     ini   menerangkan        garis    panduan      untuk
                                     melaksanakan       pengajaran     dan    pembelajaran     kursus
                                     kokurikulum  dengan berkesan dan sistematik.


                                     5.2.2.6        Perancangan dan Pelaksanaan Latihan
                                                   Industri (PPD-PK-PLSP-07)
                                     Prosedur     ini   menerangkan        garis    panduan      untuk
                                     menguruskan latihan industri secara berkesan dan ia adalah
                                     merujuk  kepada  Petunjuk  Prestasi  Utama  (KPI)  yang  telah
                                     ditetapkan    iaitu   mencapai      sekurang-kurangnya       95%
                                     kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani latihan industri
                                     pada  satu-satu  semester,  mencapai  sekurang-kurangnya
                                     45%  daripada  lulusan  tersebut  mendapat  kelulusan
                                     cemerlang  pada  satu-satu  semester  dan  melaksanakan
                                     sekurang-kurangnya 90% penyeliaan ke atas semua pelajar
                                     yang menjalani latihan industri.


                                     5.2.2.7        Proses Pengurusan  Peperiksaan dan
                                                   Penilaian (PPD-PK-PLSP-09)
                                     Proses  pengurusan  peperiksaan  dan  penilaian  berdasarkan
                                     kepada Petunjuk Prestasi Utama
                                        i.  Menyiapkan kertas peperiksaan selewat-lewatnya satu
                                            (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.

                                        ii.  Menyiapkan  keputusan  penilaian  dalam  tempoh  dua
                                            (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.

                                        iii.  Mengeluarkan  transkrip  kepada  pelajar  yang  telah
                                            menamatkan  pengajian  dalam  tempoh  dua  (  2  )
                                            minggu selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan
                                            Penganugerahan Sijil/Diploma.








               Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti                                               15
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29