Page 25 - BP_SPKPPD
P. 25
iv. Menyiapkan Sijil / Diploma bagi pelajar yang telah
menamatkan pengajian selewat-lewatnya satu (1)
minggu sebelum majlis konvokesyen.
5.2.2.8 Pengurusan Disiplin Pelajar
(PPD-PK-PLSP-11)
Menggariskan tindakan-tindakan bagi pengurusan disiplin
pelajar dengan memastikan kadar kes pelanggaran disiplin
berkurangan dari masa ke semasa.
5.2.2.9 Penilaian Proses Pengajaran dan Peralatan
(PPD-PK-PLSP-12)
Prosedur ini menggariskan tindakan untuk memastikan
penilaian proses pengajaran dan peralatan dapat
diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu ke sepuluh dan
status tindakan ke atas hasil penilaian dimaklumkan 15 hari
bekerja selepas penilaian selesai supaya proses Pemberian
Latihan Separa Profesional dapat dilaksanakan secara
berterusan, berkualiti dan berkesan.
6.0 Kaitan antara prosedur kualiti Politeknik Port Dickson dengan
piawaian MS ISO 9001:2008
Setiap prosedur yang diwujudkan di PPD adalah berdasarkan kepada
keperluan paiwaian MS ISO 9001:2008 seperti yang telah digariskan oleh
pihak SIRIM QAS Internacional Sdn. Bhd. Ini bermaksud, prosedur itu
sendiri dibina berdasarkan kepada keperluan piawaian itu sendiri (rujuk
Lampiran 1). Berdasarkan kepada blok diagram di bawah, proses yang
terlibat dalam melahirkan seorang graduan adalah meliputi semua
prosedur yang telah di wujudkan.
INPUT PROSES OUTPUT
~Pelajar ~ PPD-MK ~Graduan
~PPD-PK-PS
~PPD-PK-PLSP
Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti 16