Page 6 - BP_SPKPPD
P. 6
Kata Aluan
Wakil Pengurusan /
Timbalan Pengarah (Akademik)
Politeknik Port Dickson
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu bersamalah kita memanjatkan kesyukuran kerana telah berjaya
menghasilkan Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik Port Dickson
ini. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, Politeknik Port Dickson telah
dianugerahkan Sijil MS ISO 9002:1994 Perkhidmatan Awam Malaysia pada 14
Disember 2000 oleh MAMPU. Manakala SIRIM QAS Sdn. Bhd. pula telah
menganugerahkan PPD sijil MS ISO 9001:2000 pada 12 Jan 2004.
Sesebuah organisasi akan menjadi kuat sekiranya budaya kerja cemerlang
dijadikan amalan oleh kakitangannya. Sebagai sebuah institusi di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, warga Politeknik Port Dickson
menggalas satu tanggungjawap yang besar bagi memartabatkan sistem
pendidikan di Malaysia. Disamping itu 7 teras stategik KPTM juga menjadi
sasaran jangka panjang yang diterapkan di dalam budaya kerja kakitangan
Politeknik Port Dickson secara keseluruhannya.
Dengan adanya Buku panduan SPK ini, diharap ianya akan menjadi salah satu
saluran penyampaian maklumat mengenai MS ISO kepada warga Politeknik Port
Dickson. Diharapkan dengan adanya buku panduan ini akan memberi manfaat
kepada semua yang membacanya kerana ianya boleh didapati melalui e-buku
panduan yang boleh dicapai melalui laman web kakitangan Politeknik Port
Dickson.
Dari itu, hendaklah kita sama-sama memajukan negara menerusi wadah
pendidikan yang terbentang di hadapan kita agar ianya menjadi lebih cemerlang
di persada dunia menerusi piawaian yang telah digariskan mengikut piawaian
antarabangsa ini. Menerusinya, segala visi dan misi akan tercapai sekiranya kita
berpadu tenaga dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawapkan.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas atas daya usaha yang telah
dilakukan untuk menghasilkan buku panduan Sistem Pengurusan Kualiti
Politeknik Port Dickson ini dan seterusnya menjadinya sebagai e-buku panduan.
Sekian. Salam 1 Malaysia.
(Ir. CHAN CHEE MENG)
Wakil Pengurusan
Politeknik Port Dickson
Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti iii