Page 7 - BP_SPKPPD
P. 7

Kata Aluan
               Pengurus Kualiti /
               Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)


               Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

               Alhamdulillah, berkat usaha dan komitmen semua pihak, maka terhasillah Buku
               Panduan Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik port Dickson. Diharapkan buku ini
               akan  dapat  menjadi  satu  sumber  rujukan  bagi  mempertingkatkan  lagi  ilmu,
               kecekapan  dan  kemahiran  dalam  menjayakan  sistem  pengurusan  kualiti  di
               Politeknik Port Dickson yang berkesan.

               Sejajar  dengan  pendekatan  pentadbiran  kerajaan  masa  kini  iaitu  ”Rakyat
               Didahulukan,  Pencapaian  Diutamakan”,  ianya  telah  memenuhi  kehendak  model
               sistem  pengurusan  kualiti  itu  sendiri  iaitu  rakyat  didahulukan  bermaksud
               memenuhi  kehendak  pelanggan  manakala  pencapaian  diutamakan  adalah  bagi
               memenuhi kepuasan pelanggan dalam model tersebut. Sehubungan dengan itu
               sistem  pengurusan  kualiti  di  Politeknik  Port  Dickson  akan  dijadikan  sebagai
               budaya kerja dalam menjalankan tugasan seharian.

               Kecemerlangan  dan  kegemilangan  Politeknik  Port  Dickson  bergantung  kepada
               kesungguhan semua warganya secara total dalam usaha melaksanakan tindakan
               penambahbaikan yang berterusan perlu dalam mencapai visi dan misi yang telah
               digariskan.  Dengan  adanya  Buku  Panduan  Sistem  Pengurusan  Kualiti  ini
               diharapkan  Politeknik  Port  Dickson  akan  lebih  mantap  dalam  penyebaran
               maklumat  seterusnya  dapat  memberikan  perkhidmatan  yang  lebih  berkualiti
               dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

               Akhir  kata,  ucapan  tahniah  dan  syabas  atas  idea  dan  usaha  yang  dicurahkan
               sehingga terhasilnya Buku Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik Port Dickson ini.
               Semoga ia menjadi sebagai salah satu bahan penerbitan Politeknik Port Dickson
               untuk bahan bacaan umum.



               Sekian. Salam kecemerlangan dalam perpaduan.
               Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum dan salam1 Malaysia







               (CHARIM BIN IBRAHIM)
               Pengurus Kualiti
               Politeknik Port Dickson






               Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti                                                iv
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12