Page 10 - SPKPPD
P. 10
1.3.2 Konsep Plan-Do-Check-Action dalam Sistem Pengurusan
Kualiti
Konsep asas Plan-Do-Check-Action (PDCA) telah
digunapakai didalam sistem pengurusan kualiti dimana ianya
meliputi perkara berikut:
1.3.2.1 PLAN (Rancang) : Wujudkan objektif
dan proses yang
diperlukan selaras dengan
keperluan pelanggan dan
polisi organisasi
1.3.2.2 DO (Laksana) : Laksanakan proses
berkaitan.
1.3.2.3 CHECK (Pantau) : Pantau dan ukur
proses dan barangan atau
perkhidmatan berbanding
polisi, objektif dan
keperluan dan laporkan
keputusannya.
1.3.2.4 ACTION (Ambil tindakan) : Ambil tindakan
untuk mempertingkatkan
prestasi proses.
2.0 Sistem Pengurusan Kualiti di Politeknik Port Dickson.
Pengurusan Politeknik Port Dickson telah melaksanakan SPK bagi
memantapkan lagi sistem pengurusan kualiti yang sedia ada sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dilaksanakan di Politeknik
Port Dickson (PPD) dalam proses Pemberian Latihan Separa Profesional
(PLSP) di peringkat sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan dan
perdagangan. Ia bertujuan bagi memenuhi visi dan misi penubuhan
politeknik seterusnya memenuhi kehendak negara yang berasaskan
Piawaian MS ISO 9001 : 2008. Proses ini bermula dari peringkat
perancangan aktiviti PLSP, penyediaan bajet, pengurusan pengambilan
pelajar, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar dan
pengurusan persijilan.
2.1 Dasar Kualiti
2.1.1 Membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di
dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
2.1.2 Berusaha mencapai kepuasan pelanggan.
Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti 3