Page 7 - SPKPPD
P. 7
Kata Aluan
Pengurus Kualiti /
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, berkat usaha dan komitmen semua pihak, maka terhasillah Buku
Panduan Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik port Dickson. Diharapkan buku ini
akan dapat menjadi satu sumber rujukan bagi mempertingkatkan lagi ilmu,
kecekapan dan kemahiran dalam menjayakan sistem pengurusan kualiti di
Politeknik Port Dickson yang berkesan.
Sejajar dengan pendekatan pentadbiran kerajaan masa kini iaitu ”Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, ianya telah memenuhi kehendak model
sistem pengurusan kualiti itu sendiri iaitu rakyat didahulukan bermaksud
memenuhi kehendak pelanggan manakala pencapaian diutamakan adalah bagi
memenuhi kepuasan pelanggan dalam model tersebut. Sehubungan dengan itu
sistem pengurusan kualiti di Politeknik Port Dickson akan dijadikan sebagai
budaya kerja dalam menjalankan tugasan seharian.
Kecemerlangan dan kegemilangan Politeknik Port Dickson bergantung kepada
kesungguhan semua warganya secara total dalam usaha melaksanakan tindakan
penambahbaikan yang berterusan perlu dalam mencapai visi dan misi yang telah
digariskan. Dengan adanya Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini
diharapkan Politeknik Port Dickson akan lebih mantap dalam penyebaran
maklumat seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti
dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Akhir kata, ucapan tahniah dan syabas atas idea dan usaha yang dicurahkan
sehingga terhasilnya Buku Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik Port Dickson ini.
Semoga ia menjadi sebagai salah satu bahan penerbitan Politeknik Port Dickson
untuk bahan bacaan umum.
Sekian. Salam kecemerlangan dalam perpaduan.
Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum dan salam1 Malaysia
(CHARIM BIN IBRAHIM)
Pengurus Kualiti
Politeknik Port Dickson
Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti iv