Page 8 - SPKPPD
P. 8

1.0    Pendahuluan
                       Melalui Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), kerajaan telah
                       memperkenalkan        pelbagai    program      bagi    meningkatkan      kualiti
                       perkhidmatan  awamnya.  Kerajaan  telah  memberikan  satu  garis  panduan
                       bagi  setiap  agensi  kerajaan  bagi  mengamalkan  satu  sistem  pengurusan
                       kualiti  yang  bertaraf  antarabangsa  melalui  Pekeliling  Kemajuan
                       Perkhidmatan  Awam  Bil.  2/1996.  Sehubungan  dengan  itu,  PKPA  Bil.
                       2/1996  ini  telah  digunapakai  dalam  sistem  pengurusan  kualiti  Politeknik
                       Port Dickson bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


                       1.1    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

                              Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah
                              memperkembangkan  lagi  potensi  individu  secara  menyeluruh  dan
                              bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
                              dari  segi  intelek,  rohani,  emosi  dan  jasmani  berdasarkan
                              kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
                              Usaha  ini  adalah  bagi  melahirkan  rakyat  Malaysia  yang  berilmu
                              pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
                              dan  berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri  serta  memberi
                              sumbangan  terhadap  keharmonian  dan  kemakmuran  masyarakat
                              dan negara.


                       1.2    Keperluan Organisasi melaksanakan MS ISO 9000:2000

                              “Quality  too  has  become  a  much  sought  after  target.  If  goods
                              produced  must  meet  certain  quality  standards,  surely  services,
                              Government  services  included,  must  achieve  a  certain  degree  of
                              quality.
                              ISO  9000  should  not  be  for  factories  of  the  private  sector  alone.
                              Government administration must also vie for the coveted award.
                              A good Government administration cannot be of a lower quality than
                              its clients - largely the private sector.”

                                                              Tun Dr. Mahathir Mohamad
                                                             Mantan Perdana Menteri  Malaysia
                                                          Persidangan CAPAM di Malta, April 1996


                              1.2.1  Definisi MS ISO 9000:2000
                                     MS     - Malaysian Standard

                                     ISO    - International Organisation For Standardisation
                                     9000  - Nombor Siri Pendaftaran
                                     2000   - Tahun piawaian dikeluarkan






               Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti                                                 1
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13