Page 5 - SPKPPD
P. 5

Kata Aluan
               Pengarah
               Politeknik Port Dickson


               Assalamualaikum dan salam sejahtera.


               Alhamdulillah,  bersyukur  kita  ke  hadrat  ALLAH  S.W.T  kerana  dengan  limpah
               kurnia  dan  dengan  izin-NYA  maka  Buku  Panduan  Sistem  Pengurusan  Kualiti
               Politenik Port Dickson dapat dihasilkan.

               Seperti yang kita telah sedia maklum, melalui PKPA Bil 2/1996, kerajaan Malaysia
               telah memberi garis panduan agar perlaksanaan MS ISO dilaksanakan di semua
               agensi  kerajaan  atau  perkhidmatan  awam  bagi  memantapkan  lagi  sistem
               perhidmatan awam yang sedia ada. Sehubungan itu Politeknik Port Dickson telah
               berjalan  seiring  dengan  kehendak  kerajaan  demi  memartabatkan  sistem
               pendidikan di Malaysia.

               Sistem Pengurusan Kualiti di Politeknik Port Dickson adalah tunjang utama dalam
               menjayakan Visi dan Misi pendidikan di Politeknik Port Dickson. Kerjasama yang
               padu  dari  semua  warga  Politeknik  Port  Dickson  dalam  menjayakan  sistem
               pengurusan kualiti mengikut piawaian MS ISO 9001:2008 telah menyumbang ke
               arah kecemerlangan Politeknik Port Dickson di persada pendidikan negara.

               Sehubungan  itu,  buku  panduan  ini  telah  disusun  sebagai  salah  satu  sumber
               maklumat sistem pengurusan kualiti di Politeknik Port Dickson. Adalah diharapkan
               dengan adanya buku panduan ini akan menjadikan warga Politeknik Port Dickson
               sebagai  warga  yang  lebih  peka  dan  memainkan  peranan  sepenuhnya  demi
               mencapai  objektif  politeknik.  Buku  panduan  ini  akan  juga  diharap  dapat
               memberikan manfaat kepada pembacanya.

               Akhir  kata,  saya  mengucapkan  syabas  dan  tahniah  kepada  jawatankuasa  kerja
               kualiti dan seluruh warga politeknik dalam menjayakan SPK di PPD. Syabas dan
               tahniah  juga  kerana  telah  menghasilkan  Buku  Panduan  Sistem  Pengurusan
               Kualiti ini.

               Sekian.

               Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum.







               (MEJAR (K) HAJI MOHD KHARIR BIN MOHD IBRAHIM., DNS)
               Pengarah
               Politeknik Port Dickson



               Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti                                                ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10