Page 3 - Laporan Kajian Sosial Hubungan Etnik
P. 3
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat illahi dengan limpahan kurnia dan titipan penghargaan terhadap Allah S.W.T
tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini untuk
melaksanakan Laporan Kajian Sosial Perhubungan Etnik Di Malaysia dengan jayanya dan
saksama. Kami menjunjung dan mensisihkan sepenuh penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian kami sepanjang
perlaksanaan dua aktiviti kajian iaitu kajian social dan permainan yang melibatkan pelbagai
kaum, agama, dan bangsa yang telah dipilih secara rawak dan spontan semasa pengambaran
dijalankan. Sekalung penghargaan utama kepada Dr Isham Shah Hassan yang telah banyak
memberi sokongan dan tunjuk ajar dalam memudahkan aktiviti kajian sosial kami ini. Disamping
itu, penghargaan kepada beberapa orang rakan yang turut hadir dan menjadi sukarelawan dalam
membantu kami serta memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti kajian ini.
Ingin kami berterima kasih juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu dalam pelbagai
perkara dan kepada ahli kumpulan kami yang telah banyak memberi kerjasama sepanjang
merealisasikan aktiviti kajian sosial ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah Politeknik
Port Dickson dan Universiti Sains Malaysia kerana turut memberi pandangan dan panduan dari
permulaan aktiviti hinggalah ke akhir kerja penulisan kajian ini.
3