Page 4 - Laporan Kajian Sosial Hubungan Etnik
P. 4

ABSTRAK




               Kajian ini dijalankan bertempat di Pantai Teluk Kemang. Kajian ini terbahagi kepada dua aktiviti

               iaitu kajian selidik sosial terhadap tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia Melayu, Cina dan
               India.  Manakala  aktiviti  kajian  kedua  pula  ialah  aktiviti  permainan  yang  menggabungkan

               berlainan agama dan bangsa dalam satu kumpulan. Dua aktiviti kajian ini bersifat sosial. Tujuan
               utama kajian ini  adalah  untuk  mengkaji dan menyelidik  nilai-nilai  kesepakatan, kesefahaman,

               dan sikap kerjasama antara kaum di Malaysia. Kajian ini dijalankan antara kerjasama kumpulan

               yang terdiri  daripada enam  orang pelajar dan beberapa orang awam  yang  turut  melaksanakan
               tugasan kajian dua aktiviti ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah terbahagi kepada dua iaitu

               kajian lapangan dan kajian literatur. Kajian lapangan merangkumi satu teknik kajian yang dikaji

               melalui kaedah praktikal memerlukan tenaga kerja seperti temubual manakala kajian literature
               merupakan kajian yang memerlukan buku, artikel atau apa-apa bahan bacaan ilmiah yang sedia

               ada.  Seterusnya,  bagi  merekodkan  dan  menyelesaikan  aktivit  kajia  ini,  terdapat  beberapa
               peralatan dan persediaan yang rapi telah dilakukan. Sebagai contoh, dalam aktiviti pengambaran

               video alatan kamera dan yang berkenaan digunakan. Manakala dari segi aktiviti permainan pula,
               terdapat  beberapa  barang  yang  diperlukan  dalam  permainan  tersebut  telah  tersedia  sebelum

               aktiviti  dijalankan  di  tapak  kajian.  Secara  ringkasan  bagi  keseluruhan  aktiviti  teknik

               pengambaran  dan  temubual  telah  memudahkan  metodologi  merekodkan  maklumat  dan  data
               daripada  dua  aktiviti  kajian  yang  melibatkan  beberapa  kaum.  Dapatan  kajian  ini  juga

               menunjukkan  interaksi  perhubungan  antara  kaum  di  Malaysia.  Sebagai  kesimpulan  utama
               dapatan kajian ialah aktiviti kajian sosial dan permainan ini memberi impak yang positif kepada

               pendonkumentasian tugasan kos Perhubungan Etnik (SHE 101). Disamping itu, impak kepada
               persekitaran dan masyarakat dalam melihat sikap perpaduan dan perhubungan antara pelbagai

               kaum, agama dan bangsa yang tedapat di Malaysia.











                                                              4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9