Page 8 - Laporan Kajian Sosial Hubungan Etnik
P. 8
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan pengenalan bagi kajian ini, adalah menjadi matlamat utama bagi meneliti dan
menganalisis elemen-elemen hubungan antara pelbagai etnik di Malaysia. Kajian ini juga
bertujuan untuk meninjau keberkesanan program yang dijalankan terhadap etnik-etnik di
Malaysia. Secara khususnya objektif kajian sosial etnik di Malaysia ini adalah untuk:
i. Mengkaji dan menyelidik nilai-nilai kesepakatan antara kaum di Malaysia melalui
interaksi sosial antara satu sama lain
ii. Mengkaji dan menganalisis kesefahaman antara pelbagai kaum di Malaysia melalui
tindak balas hubungan antara kaum
iii. Memupuk dan menyelidik sikap kerjasama sosial antara kaum di Malaysia melalui
stereotaip yang dapat menekankan akan peri penting interaksi sosial antara kaum
iv. Mengkaji dan menganalisis cara dan kaedah interaksi perhubungan antara kaum di
Malaysia
v. Memupuk sikap bekerjasama antara pelajar di samping melahirkan pelajar yang bersikap
kreatif dan inovatif dalam penghasilan kajian
vi. Menyediakan satu dokumentasi yang meliputi laporan, jurnal dan video dengan
menggunakan perisian yang bersesuaian
1.4 Metodologi Kajian
Kaedah yang digunakan sepanjang penghasilan kajian ini terbahagi kepada dua iaitu kajian
lapangan dan kajian literatur. Kajian lapangan merangkumi satu teknik kajian yang dikaji
melalui kaedah praktikal memerlukan tenaga kerja seperti temubual manakala kajian literature
merupakan kajian yang memerlukan buku, artikel atau apa-apa bahan bacaan ilmiah yang sedia
ada.
8