Page 9 - Laporan Kajian Sosial Hubungan Etnik
P. 9
Kajian lapangan ialah salah satu kaedah yang digunakan semasa pengumpulan data dan
maklumat di lokasi tertentu. Kaedah ini menggunakan beberapa teknik iaitu pengambaran dan
temubual. Kaedah ini turut melibatkan banyak unsur-unsur interaksi antara pelajar dan orang
awam.
Gambar rajah 1.4 Interaksi antara pelajar dan orang awam
Gambar rajah 1.4 Peralatan untuk kajian
Kajian literatur memerlukan banyak pembacaan melalui buku, dokumentari, jurnal, artikel
atau risalah. Kaedah ini dijalankan pada sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan bagi
tujuan pemahaman sepanjang kajian dijalankan. Kaedah ini digunakan bagi mengumpul data
yang terutamanya info-info fakta yang amat diperlukan melalui hasil pembacaan yang teliti.
Kaedah kajian literatur ini bertujuan untuk menjelaskan berkenaan elemen utama kajian yang
tepat dan berdasarkan bukti atau fakta-fakta yang terdapat melalui hasil kaedah ini.
9