Page 7 - Laporan Kajian Sosial Hubungan Etnik
P. 7

BAB 1.0




                                                        Pengenalan


               1.1 Pendahuluan


               Perhubungan  etnik  ini  selalunya  didefinisikan  sebagai  satu  kelompok  manusia  yang

               mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam,

               bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.  Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras,
               bangsa  dan  kaum  walaupun  pada  hakikatnya  ketiga-tiga  tersebut  mempunyai  maksud  yang

               berbeza.  Ras  dan  bangsa  lebih  menekankan  perbezaan  fizikal  atau  sifat-sifat  yang  berkaitan
               dengan  biology  seperti  keturunan  dan  pertalian  darah.  Dalam  konteks  masyarakat  Malaysia,

               terdapat pelbagai  kelompok dan etnik  yang berlainan tetapi  bernaung di  bawah sistem politik
               yang sama. Setiap etnik berbeza berdasarkan  ciri  budaya, kegiatan  ekonomi, cara berpakaian,

               pola keluarga, orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.


               1.2 Matlamat Kajian


               Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenali dengan lebih terperinci terhadap

               kepelbagaian kaum di Malaysia terutamanya kaum asas iaitu Melayu, India dan Cina. Kajian ini
               bermatlamatkan satu hasil yang berkait rapat dengan hubungan antara kaum  yang pelbagai di

               Malaysia  di  samping  mengkaji,  merekod  dan  menganalisis  maklumat  berhubungkait  dengan

               hubungan  sosial  antara  pelbagai  etnik  melalui  satu  kajian  sosial  dan  aktiviti  permainan  yang
               diadakan. Penghasilan laporan, jurnal dan video disertakan sebagai dokumentari terhadap kajian

               ini dengan menggunakan beberapa perisian yang bersesuaian dengan syarat-syarat penghasilan

               skop projek ini. Kajian ini dijalankan bertepatan dengan kehendak subjek SHE101 Hubungan
               Etnik  yang  mewajibkan  setiap  pelajar  melakukan  satu  aktiviti  yang  berkait  rapat  dengan

               hubungan sosial antara pelbagai kaum di Malaysia.


                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12