Page 2 - Intan 12 (2018)
P. 2

KATA ALU– ALUAN

                                          MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

                                          DR. MASZLEE BIN MALIK





     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

     Tahniah saya ucapkan buat krew majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi 2018. Bagi pihak Kementerian Pendidikan
     Malaysia, segala sumbangan dalam penerbitan majalah merupakan usaha yang sangat dihargai kerana ia satu usaha murni dalam me-
     rakamkan sejarah bangsa dari segenap sudut.

     Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri seseorang murid. Pelajar seharusnya dilengkapi
     ilmu dan akhlak untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna. Ilmu tanpa dihiasi dengan akhlak mulia dan
     karakter yang dinamik tidak cukup menjadikan seseorang itu berjaya.

     Dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti integrasi melalui program penerbitan majalah sekolah ini, kementerian berharap usaha ini telah
     dapat mencapai matlamatnya iaitu melahirkan generasi Malaysia yang mempunyai identiti nasional yang kukuh serta dapat menerima,
     menghormati dan menghayati keunikan kepelbagaian kaum di negara ini.

     Saya  berharap  suasana  pembelajaran  di  sekolah  ini  akan  dipenuhi  dengan  budaya  kasih  sayang,  kegembiraan  dan  saling  hormat-
     menghormati. Justeru, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada krew majalah yang berusaha gigih merealisasikan penerbitan majalah
     sekolah ini.

     “PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN HORMAT-MENGHORMATI”













              Dr. MASZLEE BIN MALIK                                                                                                                          2
              Menteri Pendidikan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7