Page 6 - Intan 12 (2018)
P. 6

KATA ALU– ALUAN

                                     PENGETUA SMK SERI INTAN

                                     EN. ABDUl RAZAK BIN IBRAHIM




   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

   Syukur kehadrat Ilahi kerana kesekian kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan berjaya menerbitkan sebuah majalah rasmi yang begitu
   bermakna kepada warga sekolah. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksi Majalah
   Intan Edisi ke-12, panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sehingga memungkinkan majalah da-
   lam edisi digital ini dihasilkan dan dinikmati oleh pembaca.

   Penerbitan majalah ini juga menterjemahkan visi dan misi yang berlandaskan dasar pendidikan negara. Segala potensi iaitu pelajar, guru dan war-
   ga sekolah diadunkan untuk merealisasikan hasrat seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
   iaitu melahirkan sumber manusia yang berdaya saing di peringkat global dengan tidak meminggirkan nilai-nilai etika, agama dan budaya.

   Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan sentiasa berusaha untuk menjadikan institusi sekolah sebagai tempat untuk mencanai minda dan
   membentuk peribadi positif melalui aktiviti-aktiviti yang bersifat akademik dan koakademik. Usaha–usaha ini dapat dicapai melalui pelaksanaan
   Pembelajaran Abad Ke-21 yang menjadi amalan kepada pendidikan negara yang bersifat futuristik.

   Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
   Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas kepercayaan dan sokongan kepada kami dalam menguruskan
   sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan pembaca, Selamat Maju Jaya kerana “Kejayaan Hari Esok Bermula Dari Hari Ini”.

   Sekian terima kasih.
   “MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR”












       EN. ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM                                                                                                                           6
       Pengetua SMK Seri Intan
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11