Page 7 - Intan 12 (2018)
P. 7

KATA ALU– ALUAN

                                        Yang Dipertua PIBG SMK Seri Intan

                                        En. Kamarolzaman bin Haji Shaari




       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

       Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya, Majalah Intan 2018 ini dapat juga diterbitkan dengan jayanya. Jutaan terima
       kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai satu cetusan paradigma
       buat semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Kluang.

       Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskhah bersejarah ini menggambarkan wajah
       Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan sepanjang tahun 2018. Di samping itu, naskhah ini merupakan satu lapangan atau
       landasan buat para pelajar memaparkan idea-idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat
       kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan
       kejayaan SMK Seri Intan tahun ini.

       Sejajar dengan alaf baharu, maka sepatutnya mutu pendidikan kita semakin maju ke hadapan sejajar dengan Pelan Pembangunan
       Pendidikan Malaysia yang sudah memasuki gelombang ke-2 ini. Saya amat berharap agar segala visi, misi dan aspirasi sekolah
       seiring dengan aspirasi negara.

       Hal ini menentukan pautan yang jitu antara peranan guru dan tanggungjawab seorang murid bagi menyusuri arus perubahan yang
       melanda dunia pendidikan negara kita ini. Dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang kreatif dan inovatif, semua pihak
       termasuk ibu bapa dan Persatuan Ibu bapa dan Guru sangat memainkan peranan dalam menjayakan sarana sekolah.

       Akhir kata , saya ingin  melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa atas
       sokongan dan kerjasama anda bagi memartabatkan nama Sekolah SMK Seri Intan.








                                                                                                                                                             7
           ENCIK KAMAROLZAMAN BIN HAJI SHAARI
           Yang Dipertua PIBG SMK Seri Intan
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12