Page 8 - Intan 12 (2018)
P. 8
Tinta Bicara
KETUA EDITOR MAJALAH INTAN 12
SITI MAISARAH BINTI MOHD SAMIM
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera pembuka bicara. Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Illahi kerana
dengan izin-Nya sekali lagi majalah INTAN ke-12 dapat menemui pembaca khususnya warga Sekolah Menengah Kebang-
saan Seri Intan. Untuk pengetahuan semua pelajar, ini merupakan majalah digital pertama yang diterbitkan sejak penubuhan
sekolah. Sememangnya menjayakan sebuah program bukanlah mudah seperti yang dijangkakan .Pelbagai halangan dan
rintangan yang terpaksa dihadapi. Namun, pengalaman yang dilalui sedikit sebanyak mengajar untuk menghadapi cabaran.
Saya selaku Ketua Editor mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ahli Sidang Redaksi serta semua pihak yang
bersama-sama bekerja keras dalam menerbitkan majalah yang sentiasa berada di hati para pelajar SMK Seri Intan. Penghar-
gaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan
dan dorongan sehingga majalah INTAN dapat diterbitkan dengan jayanya.
Tujuan majalah ini dihasilkan adalah untuk memaparkan dengan lebih jelas tentang segala hal yang berlaku sepanjang
tahun di sekolah ini. Majalah ini, turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah bakat masing-masing dalam
menghasilkan karya-karya yang bermutu. Saya mewakili Sidang Redaksi Majalah INTAN 12 memohon ampun dan maaf
andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan majalah ini. Saya amat berharap semua pembaca akan berpuas
hati dengan hasil majalah ini. Buat rakan seperjuangan pada masa akan datang didoakan agar kalian dapat menghasilkan
majalah INTAN dengan lebih kreatif.
Sekian,terima kasih.
Siti Maisarah Binti Mohd Samim
(Ketua Editor Majalah Intan 12)
8