Page 5 - Intan 12 (2018)
P. 5

KATA ALU– ALUAN

                                         PENGARAH PENDIDIKAN DAERAH KLUANG

                                         Tn. HAJI ISHAK BIN MAHBOB




     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

     Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah Intan Edisi ke-12.
     Saya yakin penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan. Majalah Intan
     Edisi ke-12 ini adalah cerminan sekolah khasnya rakaman aktiviti dan pencapaian sepanjang tahun 2018.

     Bidang pendidikan negara akan terus mengalami perubahan secara dinamis menjelang abad ke-21. Untuk tujuan itu, sistem pendidi-
     kan perlu melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing secara aktif di peringkat global. Hal ini bersesuaian dengan terbitnya
     majalah  ini  sebagai  wadah  dan  platform  agar  keberhasilan  yang  dicapai  dapat  dikongsi  dengan  warga  sekolah,  pemegang  taruh,
     alumni dan PIBK yang selama ini bersama-sama meningkatkan nama sekolah.

     Sehubungan dengan itu, sebuah sekolah yang telah menerima mandat Program Transformasi Sekolah TS25 3.0 yang  berperanan
     mengasah potensi dan kemenjadian murid untuk melahirkan modal insan berkualiti  pada masa depan. Semoga segala domain utama
     dalam TS25 dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kemenjadian murid hingga ke peringkat antarabangsa dapat diakses dan dikongsi ber-
     sama dalam majalah ini. Syabas, kerana pihak sekolah mampu menterjemahkan aspirasi yang telah digariskan dalam Pelan Pem-
     bangunan Pendidikan 2013-2025.

     Diharapkan semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan terus mengorak langkah merealisasikan aspirasi bersama yang ingin
     dicapai. Sesunguhnya kejayaan sekolah ini menjadi penanda aras kejayaan bagi sekolah-sekolah di daerah Kluang secara amnya.
     Akhir kata, tahniah kepada jawatan kuasa majalah ini. Semoga memberi manfaat yang tidak terhingga.

     'SELAMAT MAJU JAYA'








                                                                                                                                                             5
             HAJI ISHAK BIN MAHBOB
             Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10