Page 2 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 2

TAJUK : UJIAN-UJIAN UNTUK AIR


                 Tujuan

                 Untuk mengkaji tahap kualiti air dengan mengenalpasti sifat fizikal dan sifat kimia
                 bagi beberapa sampel air dari lokasi yang berbeza



                 Hipotesis
                 Kualiti air sungai lebih rendah berbanding air pili kerana air sungai lebih tercemar

                 berbanding air pili.


                 Teori

                        Pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau
                 biologi air sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu

                 keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam atau kepada
                 hidupan  dan  tumbuhan.  Punca-punca  pencemaran  sungai  pada  amnya  terdiri

                 daripada  punca  tetap  seperti  pelepasan  dari  kawasan  perindustrian  dan  dari  loji
                 pengolahan  kumbahan  serta  punca  tidak  tetap  seperti  air  larian  dari  guna  tanah

                 pertanian, kediaman, perdagangan, perniagaan, industri dan sebagainya. Gempa

                 bumi, letusan gunung berapi, ribut taufan, el nino, la nina, dan banjir merupakan
                 antara fenomena alam semulajadi yang boleh menyebabkan pencemaran air yang

                 signifikan.


                        Standard  Kualiti  Air  Kebangsaan  menyenaraikan  sejumlah  72  parameter

                 yang akan menentukan tahap kualiti air. Menurut standard ini, sesuatu parameter
                 dengan had tertentu akan menentukan kualiti air berdasarkan kelas-kelas kegunaan

                 berfaedah. Indeks Kualiti Air pula merupakan kaedah penentuan status kualiti air
                 sungai  dengan  mengambil  kira  enam  parameter  utama  iaitu  Oksigen  Terlarut,

                 Keperluan Oksigen Biokimia, Keperluan Oksigen Kimia, Ammonia Nitrogen, Pepejal

                 Terampai dan pH. Bacaan-bacaan yang diperolehi daripada kenam-enam parameter
                 ini  akan  digunakan  untuk  mengira  nilai  IKA  melalui  formula-formula  yang  telah

                 ditetapkan.
   1   2   3   4   5   6   7