Page 6 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 6
c) Ujian 3
Sampel Air pH
A (air pili) 7
B (air sungai) 5.5
d) Ujian 4
Sampel Air Masa untuk pelunturan warna larutan metilena biru
1 jam 2 jam 3 jam 4 jam
A (air pili) Biru Biru Biru Biru
B (air sungai) Biru Jernih Jernih Jernih
Perbincangan
Sampel air telah diambil daripada dua lokasi berbeza iaitu sampel A (air pili)
dan sampel B (air sungai). Berdasarkan eksperimen, sifat fizikal air yang diuji ialah
bau dan warna. Bau air dapat memberi petunjuk terhadap kualiti air. Air yang berbau
tidak menyenangkan menunjukkan air tersebut tercemar dan mempunyai kualiti
yang rendah. Setelah ujian dilakukan didapati air paip tidak berbau manakala air
sungai tersebut berbau kurang menyenangkan. Ini mungkin disebabkan berlaku
penguraian jisim organik dalam sungai atau sisa bahan buangan yang dibuang ke
dalam sungai. Bau air seperti sulfur menunjukkan kehadiran hidrogen sulfida yang
disebabkan oleh kehadiran beberapa jenis bakteria dalam air. Jika air tersebut
berbau seperti turpertin atau bahan kimia lain, ia mungkin menunjukkan kehadiran
metil butil tertier eter (MTBE) atau xylene hasil bagi gasoline, cat dan detergen. Air
yang berbau logam pula menunjukkan kehadiran merkuri, plumbum, kuprum atau
ferum dalam air.
Dari segi warna, air yang bersih adalah tidak berwarna. Ini dapat dilihat apabila air
pili dilihat dalam keadaan jernih dan sangat jauh berbeza dengan air sungai yang
diuji. Air sungai yang diuji berwarna keperangan. Warna dalam air mungkin