Page 10 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 10

air  antaranya  ialah  kumbahan  tidak  dirawat  iaitu  tinja  manusia  dan  air  buangan,

                 sampah  sarap  serta  detergen.  Apabila  bahan  buangan  domestik  ini  dibuang  ke
                 dalam  sungai,  kesan  buruknya  ialah  ia  menggalakkan  pembiakan  bakteria  yang

                 menyebabakan  penyakit  kolera,  tifoid  dan  disenteri.  Bilangan  bakteria  meningkat
                 disebabkan oleh meningkatnya kepekatan nitrat dan fosfat dalam kumbahan tidak

                 dirawat.  Bakteria  menggunakan  bekalan  oksigen  dalam  air  untuk  menguraikan

                 kumbahan tidak dirawat dan bahan buangan organic yang lain. Ini mengurangkan
                 kepekatan oksigen dalam sungai dan dan membunuh ikan serta tumbuhan akuatik

                 yang  lain.  Pereputan  haiwan  dan  tumbuhan  yang  mati  meningkatkan  populasi
                 bakteria dalam air. Ini akan mengurangkan kepekatan oksigen dalam air. Kesannya,

                 bau  yang  busuk  dan  tidak  menyenangkan  serta  menjejaskan  permandangan.

                 Sampah sarap seperti plastik yang tidak boleh terbiodegrasi menghalang cahaya
                 matahari sampai ke tumbuhan di dalam air sungai dan menyukarkan resapan gas

                 oksigen sekaligus mengancam kehidupan akuatik. Kandungan detergen yang tinggi
                 mengurangkan kepekatan oksigen dalam air dan mengancam kehidupan akuatik.

                 Pembuanagn  bahan  buangan  industri  ialah  seperti  sisa  organic  daripada  kelapa
                 sawit  dan  getah,  serta  bahan  toksik  daripada  industri  elektronik  seperti  arsenic,

                 plumbum, merkuri dan zink. Kesan buruknya ialah ia akan mencemarkan air secara

                 fizikal.  Pereputan  sisa  organic  mengurangkan  kepekatan  oksigen  dalam  air.
                 Pengumpulan  toksik  kimia  itu  tidak  dapat  diuraikan  melalui  rantai  makanan

                 organisma akuatik menyebabkan keracunan haiwan akuatik dan manusia. Bahan
                 toksik ini juga merosakkan organ badan, menyebabkan penyakit kanser dan mutase.



                        Bahan  buangan  pertanian  yang  melarut  resap  dari  ladang  ke  sungai
                 berdekatan. Baja dan tinja haiwan mengandungi nitrat dan fosfat. Kepekatan nitrat

                 dan fosfat yang tinggi dalam air sungai atau kolam menyebabkan eutrofikasi atau
                 penyuburan  tasik.  Nitrat  dan  fosfat  itu  menggalakkan  pertumbuhan  alga  dengan

                 cepat dimana alga itu kemudiannya akan menggunakan bekalan okisgen di dalam

                 air dan kesannya membunuh ikan dan organisma akuatik yang lain. Bahan agrokimia
                 seperti  insektisid,  pestisid,  herbisid  dan  fungisid.  Bahan  agrokimia  adalah  tidak

                 terbiodegrasikan dan sangat bertoksik dan berbahaya kerana ia boleh disalurkan ke
                 dalam rantai makanan dan berkumpul dalam badan haiwan akuatik atau manusia.

                 Bahan buangan kimia dalam jumlah yang ketara itu adalah beracun kepada haiwan
                 akuatik  dan  boleh  merosakkan  organ  dalam  badan,  menyebabkan  kanser  dan
   5   6   7   8   9   10   11   12   13