Page 11 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 11

mencemarkan bekalan air. Air juga boleh tercemar disebabkan tumpahan minyak

                 daripada kapal atau bot-bot. Minyak boleh menyebabkan kematian hidupan akuatik
                 kerana  minyak  akan  menutup  permukaan  laut  atau  sungai  lalu  menyebabkan

                 hidupan akuatik kekurangan udara. Apabila minyak tumpah di laut, pesisir pantai
                 juga  akan  tercemar.  Mengikut  Laporan  Kualiti  Alam  Sekeliling  (1998),  air  laut  di

                 sekitar  Pulau  Pinang  dan  Pulau  Labuan  merekodkan  kandungan  bakteria  E  Coli

                 yang tinggi dan jumlah pepejal terampai (sampah sarap) yang melibihi aras yang
                 dibenarkan.


                        Bagi  meningkatkan  kualiti  air,  Jabatan  Alam  Sekitar  (JAS)  melaksanakan

                 Program Pengawasan Kualiti Air Sungai sejak tahun 1978. Bermula tahun 1995,

                 program  tersebut  dilaksanakan  dengan  lebih  komprehensif  bagi  merangkumi
                 sebahagian  sungai-sungai  utama  di  seluruh  negara.  Objektif  program  Program

                 Pengawasan  Kualiti  Air  Sungai  ini  adalah:  i)  Menentukan  status  terkini  kualiti  air
                 sungai-sungai dan mengesan perubahannya dari semasa ke semasa; ii) Mengesan

                 punca-punca  pencemaran  yang  menyumbang  kepada  kemerosotan  kualiti  air
                 sungai;  dan  Program  ini  dijalankan  dengan  menggunakan  dua  pendekatan  iaitu

                 melalui stesen manual dan stesen automatik. Kualiti air sungai diukur secara in situ

                 manakala  sampel-sampel  air  sungai  diambil  untuk  dianalisis  bagi  menentukan
                 kandungan  parameter-parameter  tertentu  dari  segi  fizik-kimia,  logam  berat,  serta

                 biologi.  Pada  tahun  2018,  rangkaian  stesen  pengawasan  kualiti  air  sungai  JAS
                 adalah  terdiri  daripada  1353  stesen  pengawasan  manual  yang  merangkumi  635

                 sungai, dan 30 stesen pengawasan automatik.


                  Kesimpulan

                 Hipotesis diterima. Sampel air sungai lebih tercemar berbanding sampel air pili. Jadi,
                 sampel air sungai mempunyai kualiti air yang lebih rendah berbanding air.



                 Rujukan
                 Betsy Teh Lay. (2015). MOTIVATOR Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.


                 Betsy Teh Lay. (2015). MOTIVATOR Biologi Tingkatan 5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

                 Betsy Teh Lay. (2016). Esensi Biologi SPM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

                 Lee Ching. (2016). Pre-U Text STPM Biology. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.
   6   7   8   9   10   11   12   13