Page 8 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 8

termasuklah aliran air pertanian, acidic mine drainage dan pembebasan pembakaran

                 fosil seperti karbon dioksida yang akan menghasilkan asid lemah yang larut dalam
                 air  sungai.  pH  sungai  yang  terlalu  rendah  akan  membunuh  hidupan  akuatik  di

                 dalamnya kerana hidupan akuatik ini mempunyai pH optimum yang diperlukan untuk
                 terus hidup.



                        Bagi ujian BOD, pelunturan warna metilena biru yang cepat menunjukkan air
                 itu mengandungi paling kurang oksigen. Maka nilai BOD sampel itu tinggi. Nilai BOD

                 air yang tinggi bererti kandungan oksigennya sedikit sebab banyak bahan organic
                 dan  bakteria.  Maka  air  itu  paling  tercemar.  Pelunturan  warna  metilena  biru  yang

                 lambat  bermakna  nilai  BOD  rendah  dan  air  kurang  tercemar.  Berdasarkan

                 eksperimen  ini,  air  pili  lambat  melunturkan  warna  metilena  biru  berbanding  air
                 sungai.  Jadi,  air  sungai  mempunyai  nilai  BOD  yang  tinggi  dan  lebih  tercemar

                 berbanding air pili.


                        Eutrofikasi  berlaku  akibat  pertambahan  baja  atau  kumbahan  dalam  tasik,
                 kolam atau air sungai. Pertambahan kandungan nitrat dan fosfat daripada baja atau

                 kumbahan menggalakkan eutrofikasi. Ia menggalakkan pertumbuhan alga dengan

                 cepat  dan  kemudian  peningkatan  populasi  alga  yang  cepat.  Alga  yang  tumbuh
                 meluas itu menutup permukaan tasik, kolam atau sungai. Ini menghalang cahaya

                 matahari  daripada  sampai  kepada  tumbuhan  di  dasar  air  dan  mengakibatkan
                 tumbuhan  di  dalam  air  mati.  Bilangan  bakteria  aerob  yang  menguraikan  jirim

                 tumbuhan yang mati juga meningkatkan penggunaan oksigen terlarut dalam air. Ini

                 mengurangkan oksigen terlarut dalam air dan menyebabakan haiwan akuatik mati.
                 Pertumbuhan alga yang cepat dan proses penguraian oleh bakteria menggunakan

                 bekalan  oksigen  di  dalam  air  dan  dengan  itu  meningkatkan  keperluan  oksigen
                 biokimia (B.O.D).



                        BOD  adalah  jumlah  oksigen  yang  digunakan  oleh  mikroorganisma  iaitu
                 bakteria dan alga untuk penguraian sisa dalam air. BOD digunakan sebagai satu

                 ukuran bagi jumlah jenis bahan pencemar organic tertentu dalam air. Maka, BOD
                 boleh  digunakan  untuk  mengukur  paras  pencemaran  air.  BOD  yang  tinggi

                 menunjukkan  kehadiran  bilangan  mikroorganisma  yang  banyak,  ini  menunjukkan
                 paras pencemaran yang tinggi. Semakin tinggi nilai BOD, semakin tercemar sampel
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13