Page 3 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 3

Sumber : Jabatan Alam Sekitar


                        Berdasarkan jadual di atas, nilai BOD, COD, pH dan DO boleh digunakan
                 untuk menentukan tahap kualiti air. Biochemical Oxygen Demand (BOD) merupakan

                 singkatan permintaan oksigen biologi iaitu organisma dalam air. Ia juga dipanggil
                 sebagai permintaan  oksigen  biokimia.  BOD  iaitu  jumlah  oksigen yang  diperlukan

                 oleh bakteria sementara mengurai bahan organik di bawah keadaan aerobik. BOD

                 merupakan  proses  pengoksidaan  biologi  dan  ditentukan  dengan  mengukur
                 kehilangan oksigen bagi suatu sampel air dalam beberapa hari.  Chemical Oxygen

                 Demand  (COD)  merupakan  kaedah  tidak  langsung  untuk  menentukan  sebatian

                 organik  dalam  air.  COD  merupakan  jumlah  oksigen  yang  diperlukan  untuk
                 pengoksidaan  semua  jirim  organik  dalam  air.  Ini  merupakan  satu  proses

                 pengoksidaan kimia. Jika nilai BOD tinggi, kadar pencemaran juga tinggi. Jika nilai
                 COD tinggi, kadar pencemaran juga tinggi. Jika nilai DO tinggi, pencemaran rendah

                 kerana  nilai  oksigen  dalam  air  tinggi.  DO  merupakan  dissolved  oxygen.  Dalam
                 eksperimen  ini,  kualiti  sampel  air  dari  dua  lokasi  berbeza  ditentukan  dengan

                 menganalisis sifat fizikal dan sifat kimia sampel air tersebut. Sifat fizikal air boleh

                 dilihat  melalui  warna  dan  bau  sampel  air  tersebut  manakala  sifat  kimia  boleh
                 dianalisis melalui BOD dan pH.
   1   2   3   4   5   6   7   8