Page 7 - NUR AQILAH HANIS BINTI OSMAN - AMALI 3 BIO_Neat
P. 7

disebabkan bahan pencemar seperti ferum yang boleh mengubah warna air kepada

                 merah dan kuning. Air yang berwarna menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat
                 cairan kimia dan mikroorganisma berwarna dalam air. Ini menghalang penembusan

                 cahaya matahari ke dalam air untuk membantu proses fotosintesis oleh tumbuhan
                 akuatik. Organik yang terurai seperti humus boleh menyebabkan terhasilnya warna

                 kuning  dan  warna  perang.  Alga  dan  dinoflagellates  menghasilkan  air  berwarna

                 kuning  pekat  dan  kemerahan.  Air  yang  kaya  dengan  fitoplankton  dan  alga  lain
                 selalunya berwarna hijau. Berikut merupakan ramalan kandungan air yang memiliki

                 warna berbeza:


                        Warna                                    Kandungan

                     Kemerahan                                   Oksida besi
                  Keperangan atau
                                                               Oksida mangan
                      kehitaman

                      Kehijauan                               Kalsium karbonat
                                         Bahan-bahan organik (tannin, lignin, asid humus daripada
                     Keperangan
                                                            pereputan tumbuhan)


                        Parameter  kimia  seterusnya  yang  digunakan  untuk  mengukur  kualiti  air

                 adalah nilai pH. Nilai pH digunakan untuk menentukan kadar asid atau bes dalam
                 air. Kebanyakkan organisma akuatik hanya dapat bertahan dalam lingkungan pH 6

                 hingga 8. Kepekatan ion hidrogen dalam air bersih yang neutral adalah 10  g/l. Julat
                                                                                               -7
                 pH adalah antara skala 0 hingga 14. Klasifikasi nilai pH adalah seperti yang berikut

                 :

                             ➢  pH = 7 menunjukkan keadaan neutral
                             ➢  0 < pH < 7 menunjukkan keadaan berasid

                             ➢  7 < pH < 14 menunjukkan keadaan bes (alkali)


                 Berdasarkan keputusan eksperimen, pH air pili ialah 7 manakala pH air sungai ialah
                 5.5. pH optimum bagi sungai sepatutnya 7.4. Ini menunjukkan air sungai yang diuji

                 kualiti  airnya  adalah  pada  tahap  tidak  memuaskan.  Ini  mungkin  disebabkan

                 kehadiran logam-logam serta bahan buangan industri yang telah dibuang ke dalam
                 sungai  tersebut.  Faktor  luaran  yang  menyebabkan  perubahan  pada  nilai  pH
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12