Page 13 - E-BOOK-amali 1-biota tanah-ariff irfan
P. 13

dari  satu  organisma  ke  satu  organisma  yang  lain.  Biota  tanah  juga  membantu  dalam
               meningkatkan produktiviti pertanian melalui kitaran nutrient asas yang diperlukan dalam semua

               ekosistem, termasuklah nitrogen, fosforus, potassium dan kalsium.

                       Selain itu, biota tanah juga memainkan peranan penting dalamekosistem tanah dengan

               memastikan keseimbangan dalam penyimpanan karbon, kitaran nutrient dan juga kepelbagaian
               spesies tumbuh-tumbuhan. Di samping itu, biota tanah juga membantu dalam proses penguraian
               bahan-bahan  organic  terutamanya  bangkai-bangkai  haiwan  dan  tumbuhan  dengan

               menguraikannya kepada hama dan ia akan menambahkan kelembapan tanah dan meningkatkan
               kesuburan tanah.


                       Daripada keputusan eksperimen, Tanah B mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna
               berbanding Tanah A serta setiap lokasi mempunyai makrofauna yang berbeza Hal ini berlaku

               akibat beberapa faktor yang membawa kepada keadaan tanah tersebut. Misalnya. Ini adalah
               disebabkan oleh kandungan tanah yang merangkumi tahap naungan, kelembapan/kekeringan
               tanah,  kemampatan  tanah  dan  juga  tekstur  tanah  tersebut.  Jika  dilihat  tanah  dari    lokasi  B

               mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah A. Tanah lokasi B
               diambil dari kawasan berpohon yang sedikit lembap. Keadaan ekosistem ini semasa dilakukan

               kajian  mempunyai  lantai  tanah  ditutupi  dengan  dedaun,  ranting  dan  pokok-pokok  mati  yang
               membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok juga dilihat hidup subur di
               samping  banyak  burung  berada  di  kawasan  ini.  Hal  ini  menunjukkan  bahawa  kawasan  itu

               mempunyai tanah yang subur dan kehadiran burung yang banyak menunjukkan kawasan itu kaya
               dengan makanan. Makanan burung berupa serangga kecil seperti lipas pasir.


                       Manakala jika dilihat tanah dikawasan A iaitu diambil di kawasan pembuangan sampah.
               Di  kawasan  ini  mempunyai  makrofauna  yang  lebih  sedikit.  Hal  ini  mungkin  disebabkan  oleh
               tanahnya yang tidak sesuai didiami oleh makrofauna. Semasa mengambil tanah di kawasan ini,

               apa yang boleh diperhatikan, kawasan ini tidak mempunyai pohon dan tanahnya agak jarang dan
               tidak sesuai untuk pokok hidup. Tambahan pula, kesan dari pembuangan sampah dikawasan ini
               menyebabkan tanih menjadi tidak subur dan berasid. Oleh sebab itu, tumbuhan dan makrofauna

               yang boleh tinggal di kawasan ini adalah terhad. Jadi, apa yang boleh disimpulkan disini adalah,
               tanah juga merupakan habitat bagi flora dan fauna atau pun makrofauna. Habitat adalah tempat

               suatu  makhluk  hidup.  Jenis  tanah  atau  lokasi  tanah  yang  berbeza  boleh  menghasilkan
               kepelbagaian makrofauna.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18