Page 15 - E-BOOK-amali 1-biota tanah-ariff irfan
P. 15
Jika dlihat dari segi fungsi masing masing dalam ekosistem, setiap satunya mempunyai peranan
yang tersendiri
Jenis Organisma Ciri dan peranan organisma kepada tanah
Bakteria ➢ Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik.
➢ Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur
di dalam tanah.
Cacing tanah ➢ Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah.
➢ Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain.
➢ Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya.
➢ Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.
Cacing gelang ➢ Membantu pereputan bahan organik.
Lipas pasir ➢ Mengurai benda-benda mati seperti tumbuhan
➢ Najisnya mempunyai nitrogen yang menjadi baja
Siput ➢ Mengurai tumbuhan
➢ Menjadi makanan kepada pemangsa yang lebih besar
Tumbuhan ➢ Berfotosintesis untuk makanan
Daripada eksperimen ini, dapat dikatakan bahawa keseluruhan makrofauna yang dijumpai
mempunyai peranannya yang tersendiri untuk menyeimbangkan ekosistem selagi mana tiada
spesis invasif diperkenalkan di tempat tersebut. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti
di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah melalui proses “imobilisasi”
dan “humifikasi”. Makrofauna tanah yang terdiri daripada pelbagai jenis fauna dan mendapan
organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu
meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah
dalam kawasan tersebut.