Page 17 - E-BOOK-amali 1-biota tanah-ariff irfan
P. 17
Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna pertama. 90% dari tenaga
itu digunakan untuk pembesaran dan 10% disimpan.
Pengguna primer (nematodes/fungi) dimakan oleh pengguna sekunder (Arthropods) bagi
menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak
dengan sempurna. Ini menunjukkan tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer
kepada pengguna sekunder. 90% tenaganya digunakan dan 10% disimpan.
Hal ini berterusan sehingga mencapai organisma puncak. Pengguna sekunder
(Arthropods) dimakan oleh pengguna tertier (burung). Burung makan Arthropods untuk
mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membiak dan membesar dengan sempurna.
Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari
tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan. Pengaliran tenaga ini akan
terus berlaku sekiranya muncul pemangsa yang hebat dan mampu mendominasi ekosistem.
Lama kelamaan tenaga akan berkurangan apabila ia dipindahkan dari satu ke satu peringkat
yang akhirnya hilang sebagai haba dan ia perlu digantikan melalui tenaga yang diperoleh
daripada cahaya matahari.
Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian oleh bakteria
pengurai seperti bakteria, dan nematod. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada
pengeluar dan pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan
seterusnya digunakan oleh pengeluar semula.
Jika organisma yang berada paling atas (tikus dan burung) mati, pengaliran tenaga dan
nutrien akan terhenti. Namun begitu ia akan disambung semula oleh bakteria dan organisma
pengurai yang seterusnya akan menguraikan bangkai haiwan ini untuk mendapatkan tenaga dam
nutrien. Pengaliran tenaga akan tetap berlaku tetapi melalui rantai makanan yang lain.