Page 16 - E-BOOK-amali 1-biota tanah-ariff irfan
P. 16
Berdasarkan jaringan makanan ini berlakunya pengaliran tenaga.
Arthropod
Nematod
s
Arthropod
s
Burung
Nematod
Fungi
Nematod
Tumbuhan
Bahan Protozoa
organik
Haiwan
Bakteria
Merujuk kepada gambar diatas, kita boleh lihat bahawa matahari merupakan punca utama
tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Hal ini adalah kerana rumput adalah
tumbuhan (pengeluar) yang mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan
proses fotosintesis bagi membuat makanan untuk tumbesaran. Tanpa tenaga dari matahari
tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu air,
tanah dan nutrien di dalam tanah. Tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari
kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain.
10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain)
Tumbuhan dimakan oleh pengguna pertama (nematodes/fungi) bagi menambahkan
tenaga supaya nematodes/fungi dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna.