Page 5 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 5

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018



                                  PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


                       1.0    Pakaian Guru Semasa Bertugas
                       1.1    Kemas dan bersopan (Rujuk Pekeliling Bil 6/1985, SPI Bil. 7/2001)
                       1.2    Waktu mesyuarat adalah tugas rasmi, pakaian mesti ikut pekeliling juga.
                       1.3    Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
                              rasmi di sekolah/ di luar sekolah.
                       1.4    Tanda  nama  mesti  mengikut  saiz  dan  warna  yang  ditetapkan.  (Hitam  dan
                              putih sahaja)

                       2.0    Waktu Rasmi Sekolah
                       2.1    Hari Isnin hingga Selasa     : 7.40 -- 1.30 petang
                              Hari Rabu                    : 7.40 – 2.00 petang
                              Hari Khamis                  : 7.40 – 1.30 petang
                              Hari  Jumaat                 : 7.40 – 12.00 tengahari.

                       3.0    Kehadiran Guru/Guru Bertugas dan Perhimpunan Pagi / Selepas Rehat
                       3.1    Guru hendaklah sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.20 pagi.
                       3.2    Guru Bertugas hendaklah sampai awal iaitu sebelum atau pada  pukul 7.00
                              pagi dan balik pada pukul 2.00 petang bagi hari Isnin & Selasa, pukul 1.30
                              petang bagi hari Rabu dan Khamis.
                       3.3    Guru  hendaklah  merekodkan  kehadiran  dan  waktu  pulang  menggunakan
                              mesin  ‘thumb print’ di pejabat sekolah.
                       3.4    Semua Guru hendaklah mematuhi pekeliling tentang pakaian dan kasut yang
                              boleh dipakai pada waktu persekolahan beserta dengan tanda nama.
                       3.5    Guru  waktu  pertama  bertanggungjawab  membawa  murid  yang  berbaris  di
                              tapak perhimpunan masuk ke kelas untuk menjalankan P&P.
                       3.6    Guru selepas rehat pula bertanggungjawab membawa murid yang berbaris di
                              tapak perhimpunan masuk ke kelas untuk menjalankan P&P.
                       3.7    Guru yang tidak hadir ke sekolah atas sebab kecemasan / sakit hendaklah
                              memaklumkan kepada  Guru  Besar  dan  Penolong  Kanan  Pentadbiran pada
                              awal pagi / sebelum atau pada jam 7.15 pagi supaya dapat disediakan jadual
                              ganti.
                       3.8    Jika  Guru  Kelas  tidak  hadir,  guru  waktu  pertama  hendaklah  menanda
                              kedatangan murid pada hari itu.
                       3.9    Guru  bertugas  hendaklah  memastikan  murid  yang  sampai  awal  duduk  di
                              tapak perhimpunan atau kantin  dan membaca buku.
                       3.10   Kehadiran bagi aktiviti kokurikulum adalah wajib bagi semua guru dan rekod
                              kehadiran  hendaklah  dicatatkan  dalam  buku  rekod  Kehadiran  Guru  (Aktiviti
                              Kokurikulum).  Buku  ini  hendaklah  dihantar  ke  pejabat  untuk  semakan  PK
                              Kokurikulum seminggu sekali.

                       4.0    Perhimpunan Minggu
                       4.1      Dijalankan setiap minggu sekali dari  jam 7.40 pagi hingga 8.10 pagi.
                       4.2      Guru bertugas bertanggungjawab menyediakan persiapan tempat dan
                                      alat siaraya.

               SK St Anthony, Teluk Intan                                                           Page 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10