Page 8 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 8

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018


                       12.0   Fail – Fail Sekolah
                       12.1   Apabila  guru-guru  menerima  fail  yang  telah  diminitkan  untuk  sesuatu
                              tindakan,  guru  berkenaan  hendaklah  mengambil  tindakan  segera  mengikut
                              arahan dan masa yang ditetapkan.
                       12.2   Sila tandatangani Buku Edaran Fail semasa menerima fail. Sila pulangkan fail
                              dengan segera setelah diambil tindakan.

                       13.0     Melaksnakan Arahan/Tugas
                       13.1   Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, misalnya mewakili sekolah
                              membawa  pelajar  bermain  atau  menghadiri  mesyuarat  atau  diminta
                              mengarahkan pelajar melakukan sesuatu maka tugas itu hendaklah dilakukan
                              sendiri.  Tidak  boleh  pihak  yang  ditugaskan  mengarahkan  orang  lain  tanpa
                              kebenaran Guru Besar.
                       13.2   Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain walaupun
                              dipersetujui  oleh  pihak  yang  menggantikan,  mestilah  mendapat  kebenaran
                              dari Guru Besar terlebih dahulu.
                       13.3   Tugas  yang  sepatutnya  dilakukan  oleh  guru  sendiri  tidak  boleh  diserahkan
                              kepada pelajar, misalnya memegang/menyimpan kunci sekolah.

                       14.0     Penggunaan Alat/Harta Benda Sekolah
                       14.1   Guru – guru mesti bertanggungjawab menjaga alat/harta benda sekolah yang
                              digunakan  mengikut peraturan tertentu.
                       14.2   Barang-barang yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan setelah
                              menggunakannya.
                       14.3   Sebarang kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera.

                       15.0     Membeli Barang
                       15.1     Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
                              menggunakan borang  ‘nota minta’ yang boleh diperolehi di pejabat.
                       15.2     Borang itu mesti  diluluskan oleh Guru Besar.

                       16.0     Kegiatan Kokurikulum
                       16.1    Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas
                              ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
                       16.2     Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Guru
                              Besar selepas dihantar ke hospital.

                       17.0     Kunci
                       17.1    Semua kunci mesti disimpan di pejabat
                       17.2    Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu,dia mestilah
                                  Mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut adalah
                                  bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

                       18.0     Acara Atau Majlis Sekolah
                       18.1     Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
                       18.2     Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat
                                   dielakkan,beliau mestilah memberitahu Guru Besar terlebih dahulu.

               SK St Anthony, Teluk Intan                                                           Page 8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13