Page 9 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 9

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018


                                               PANDUAN GURU KELAS

                       1.0    Jadual  Kedatangan
                       Butir-Butir  Pelajar
                       a)  Nama pelajar hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar dan mengikut
                          ejaan dalam  Surat Beranak.
                       b)  Nama pelajar disusun dengan jelas (huruf cerai) untuk setiap bulan.
                       c)  Susunan nama ditulis mengikut  abjad.
                       d)  Sebarang kesilapan hendaklah dibatalkan dengan garis pen dan ditandatangani
                          ringkas dan jangan menggunakan pencair pemadam (Liquid Paper)
                       Maklumat Keluar / Kerana Berhenti Sekolah.
                       (Sila rujuk lampiran Pendidikan Wajib)
                       a)  Isikan  maklumat  tersebut  di  mukasurat  6  dan  7.  Nyatakan  sebab  berhenti
                          sekolah/pindah sekolah.
                       Murid Masuk
                       a)  PK  HEM  akan  memberi  borang  pendaftaran  kepada  setiap  pelajar  yang  baru
                          masuk.    Guru  Kelas  dikehendaki  mendapatkan  borang  tersebut  yang  lengkap
                          diisi berserta salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak daripada pelajar berkenaan
                          untuk difailkan.
                       b)  Jika menerima surat kelulusan rasmi untuk pertukaran masuk seseorang pelajar,
                          guru kelas dikehendaki membuat pembayaran lengkap dalam Buku Pendaftaran
                          Sekolah dengan kadar yang segera.
                       c)  Kutip  bayaran  tambahan  daripada  pelajar  baru,sekiranya  bayaran  tambahan
                          telah dibuat di sekolah lama kutip resit bayarannya dan buat catatan pada muka
                          surat 35.


                         Panduan Menulis Kedatangan Pelajar Dalam Jadual Kedatangan
                       a)  Dalam Jadual Kedatangan Kelas, guru sila guna tanda-tanda seperti berikut.
                        Hadir     Untuk pelajar hadir                                                      (/)
                        Tidak     Untuk  pelajar  yang  tidak  hadir  tapi  ada  surat  akuan/surat  doktor/atau   (S)
                        Hadir     diakui oleh ibubapa/penjaga
                                      a)  Untuk  pelajar  yang  tuang  atau  tidak  hadir  dan  tidak  ada  surat
                                         akuan/surat  doktor/atau  diakui  oleh  ibubapa/penjaga  atau
                                         keterangan-keterangan yang boleh diterima oleh Pengetua/Guru
                        Ponteng          Kelas secara lisan atau bertulis,atau                             (P)
                                      b)  Untuk  pelajar  yang  tidak  hadir  3  hari  berturut-turut  (dan  tidak
                                         menunjukkan  apa-apa  keterangan)    atau  selang  2  hari  dan
                                         seterusnya,boleh dimasukkan dalam kategori ponteng

                        Lewat            Untuk murid  yang datang lewat                                    (L)







               SK St Anthony, Teluk Intan                                                           Page 9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14