Page 7 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 7

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018


                       7.2    Guru  kelas  bertanggungjawab  mengambil  dan  menanda  kedatangan
                              secara  kemas  dan  teratur  pada  setiap  hari  dan  dikembalikan  ke  pejabat
                              pada pukul 8.10 pagi. Tugas ini tidak boleh diberikan kepada pelajar .
                       7.3    Buku Jadual Kedatangan tidak boleh dibawa balik ke rumah atau  ditinggal  di
                              bilik guru. Buku ini hendaklah sentiasa disimpan di pejabat.
                       7.4    Guru kelas perlu ada bukti jika murid tidak hadir ke sekolah seperti surat   ibu
                              bapa/penjaga atau sijil cuti sakit.
                       7.5    Guru  kelas  dikehendaki  menghantar  surat  kepada  ibu  bapa/penjaga  jika
                              didapati seseorang murid tidak hadir lebih daripada 3 hari berturut-turut.
                       7.6    Analisis mesti dibuat pada setiap hujung bulan dan akan disemak oleh Guru
                                   Kanan HEM.

                       8.0    Mesyuarat/ Taklimat Guru
                       8.1    Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat/taklimat yang diberikan
                                       oleh  Guru Besar dari masa ke se masa.
                       8.2    Sekiranya  seseorang  guru  tidak  dapat  hadir  kerana  sesuatu  sebab,guru
                              berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar.

                       9.0    Jadual Waktu
                       9.1    Guru kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas
                                 dipamerkan di dalam kelas sendiri.
                       9.2    Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu mengajar sepenuhnya.
                       9.3    Guru-guru  yang  mengajar  mesti  berada  di  dalam  kelas/tempat  mengajar
                              mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan
                              kelas kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

                       10.0      Jadual Ganti
                       10.1   Guru-guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan.
                       10.2   Jadual  Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar oleh itu guru mesti
                              berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti.
                       10.3   Semua  guru  hendaklah  menyemak  Jadual  Waktu  Ganti    apabila
                              diserahkan.
                       10.4   Slip guru ganti hendaklah ditampal dalam Buku Rekod Mengajar.

                       11.0   Surat Arahan Pekeliling
                       11.1   Setiap  arahan  dan  surat  perkeliling  yang  dikeluarkan  oleh  Guru  Besar
                              hendaklah  dibaca  dengan  teliti  dan  dipatuhi  serta  ditandatangani  selepas
                              membacanya.
                       11.3   Sekiranya  surat  pekeliling  itu  dari  Kementerian,  Jabatan  Pendidikan/PPD
                              guru  hendaklah  mengembalikan  dengan  kadar  segera  ke  pejabat  sekolah
                              setelah tindakan diambil.
                       11.4   Sekiranya guru  engkar arahan  Guru  Besar  tanpa  alasan  yang  munasabah,
                              beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib.





               SK St Anthony, Teluk Intan                                                           Page 7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12