Page 148 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 148
dan sihat dengan negara blok Eropah dan Amerika Utara agar masa
depan aman damai dan makmur.
5. Malaysia juga menganggotai pertubuhan APEC yang diterajui
oleh Amerika Syarikat dan dianggotai negara maju lain di rantau
Asia Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan dan Kanada.
6. Bagi menghadapi ancaman pengganas global dan lanun Malaysia
sanggup berkongsi rondaan perairan Selat Melaka dengan Indonesia
dan Singapura. Ia bagi memastikan laluan perdagangan antarabangsa
sentiasa selamat kepada syarikat perkapalan.
(c) menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi
alam sekitar
Kepentingan Kerjasama Serantau dalam Melindungi Alam
Sekitar
1. Usaha setiap negara mengejar kemajuan pembangunan telah
memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Kini telah timbul isu-isu
alam sekitar sejagat yang merentasi sempadan politik sesebuah
negara.
2. Antara isu alam sekitar yang sering dibincangkan di peringkat
serantau ialah:
i. pemanasan global,
ii. pencairan salji di kutub utara dan selatan,
iii. penipisan lapisan ozon,
iv. perlepasan gas karbon secara berlebihan,
v. kepupusan sumber hutan semulajadi, dan
vi. jerebu.
3. Malaysia sentiasa proaktif dalam usahanya melindungi alam
sekitar. Di peringkat Badan Dunia (PBB), Malaysia telah bersetuju
dan menandatangani beberapa perjanjian dan pengisythiharan
melindungi alam sekitar, antaranya:
i. Protokol Kyoto – usaha mengurangkan perlepasan gas hijau ke
atmosfera. Ia diikuti pula dengan persidangan Rio De Janerio.
ii. Protokol Montreal – usaha mengurangkan perlepasan gas CFC
ke udara,
iii. Konvensyen Perubahan Iklim dan Cuaca – melindungi alam
sekitar bagi mengurangkan kesan perubahan cuaca,
iv. Konvensyen Kepelbagaian Biodiversiti – mengekalkan
kepelbagaian biodiversity di kawasan persekitaran daratan dan
lautan, dan
v. Deklarasi Langkawi – persetujuan dikalangan negara-negara
Komanwel untuk mengurus alam sekitar secara lestari.
4. Di peringkat rantau Asia Tenggara pula, Malaysia sentiasa
komited melindungi alam sekitar. Isu di peringkat ini lebih
melibatkan pencemaran laut akibat tumpahan minyak dan jerebu