Page 146 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 146

penghalang utama kerjasama serantau. Dikalangan negara ASEAN,
                                                negara yang baru dalam sektor industri akan mempertahankan tariff
                                                dan  dasar  perlindungan  masing-masing.  Ada  juga  yang  sengaja
                                                meminta  pengecualian  penghapusan  cukai  dan  tariff  bagi
                                                memelihara  sektor  pengeluaran  dalam  negara.  Ia  berlaku  kerana
                                                negara mundur dikatakan tidak dapat bersaing secara adil  di pasaran
                                                yang memberi kelebihan kepada negara anggota yang lebih maju.

                                                2.Konflik politik wilayah dalam negara anggota

                                                Sebahagian  negara  anggota  mempunyai  masalah  politik  dalaman.
                                                Selatan  Thailand  sentiasa  bergolak  menuntut  kemerdekaan  dari
                                                kerajaan pusat Thailand, sama seperti selatan Filipina. Terdapat juga
                                                perbalahan sesama negara anggota berkaitan sempadan dan perairan
                                                seperti dalam isu pertindihan kepulauan Spratly. Malahan Thailand
                                                pernah berperang dengan Kemboja hanya berkaitan pemilikan Candi
                                                lama di sempadan.
                                                3. Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan
                                                serantau

                                                Konflik  kepentingan  negara  dengan  kepentingan  serantau  menjadi
                                                duri  dalam  daging  dalam  kerjasama  serantau.    Malaysia  sentiasa
                                                melindungi  industri  automotifnya  dari  lambakan  kenderaan  luar
                                                terutama  dari  Thailand.    Indonesia  pula  sedang  mencari  jalan
                                                menguasai  pasaran  minyak  kelapa  sawit  dunia  dengan  langkah
                                                terbarunya  menurunkan  cukai  eksport  kepada  18%  berbanding
                                                Malaysia  33%.    Ini  bermakna  persaingan  sesama  negara  anggota
                                                hampir  tidak  dapat  dielakkan  kerana  mengeluarkan  barangan  yang
                                                homogenus.
                                                4. Keupayaan melaksanakan projek kerjsama serantau

                                                Akibat perbezaan ekonomi antara negara, keupayaan melaksanakan
                                                projek  bersama  lebih  bergantung  kepada  keupayaan  modal  dari
                                                negara  yang  lebih  maju.  Batasan  modal  bagi  negara  yang  lebih
                                                mundur  perlu  ditampung  oleh  modal  negara  lebih  maju.  Kejayaan
                                                projek pengeluaran baja urea ASEAN bukti kerjasama boleh terjalin
                                                melalui pengkhususan antara negara.

                                                5. Pencemaran merentasi sempadan

                                                Kedudukan  geografi  sesebuah  kawasan  yang  berkepulauan  dan
                                                terletak di kawasan pertumbuhan ekonomi dunia sering menhadapi
                                                masalah pencemaran merentasi sempadan.  Asia Tenggara misalnya
                                                sering menghadapi masalah pencemaran udara (jerebu) dan laut.
                                                Satu Jawatankuasa Bertindak dan Sistem Amaran Awal Jerebu telah
                                                dibentuk  bagi  menyelaras  tindakan  bersama  menghadapi  jerebu.
                                                Bagi  pencemaran  laut  akibat  tumpahan  minyak  kapal  dagang  pula
                                                sistem  navigator  mengesan  kedudukan  tumpahan  dan  kapal  yang
                                                terlibat dikongsi bersama untuk mengawal tumpahan.
                                                6. Keselamatan serantau

                                                Negara-negara  perdagangan  seperti  Malaysia  dan  rakan  dagangan
                                                ASEAN  telah melakukan rondaan bersama di perairan Selat Melaka
                                                untuk  mengawal  ancaman  lanun.    Serangan  pengganas  juga
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151