Page 145 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 145

kepada setiap peserta pasaran.

                                                2. Pasaran Bersama

                                                Saiz  pasaran  tidak  lagi  bergantung  kepada  pasaran  domestik
                                                semata-mata.  Setiap  negara  anggota  akan  mengurangkan  atau
                                                menghapuskan  cukai  dan  tariff  barangan  import.  Contohnya
                                                Malaysia  boleh  menyasarkan  pasaran  bersama  ASEAN  yang
                                                berjumlah  500  juta  penduduk  berbanding  jumlah  penduduknya
                                                sekitar  28  juta  orang.  Sebaliknya  Malaysia,  juga  menerima
                                                lambakan  barangan  dari  negara  luar  pada  harga  yang  lebih
                                                kompetatif.

                                                3. Meningkatkan daya saing serantau
                                                Ketahanan    daya  saing  lebih  berkesan  kerana  tindakan  ke  atas
                                                pasaran  lebih  bersifat  kolektif.  Barangan  dan  perkhidmatan  yang
                                                dihasilkan  lebih  berkualiti  dan  harga  lebih  kompetatif.  Ia  mampu
                                                bersaing dengan barangan kawasan ekonomi lain seperti  dari  EU
                                                dan NAFTA.

                                                4. Menjaga kepentingan bersama serantau
                                                Kepentingan bersama sentiasa diutamakan selaras dengan semangat
                                                persefahaman ASEAN. Ini disebabkan negara jiran yang lebih kaya
                                                akan  memberi  limpahan  ekonomi  kepada  jirannya.  Tambahan  lagi
                                                kebanyakkan negara ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang
                                                hampir  sama  seperti  kelapa  sawit.    Bagi  menjaga  kepentingan
                                                bersama,  Malaysia,  Indonesia  dan  Thailand  telah  membentuk  satu
                                                jawatankuasa   menyelaras   usaha   mempertahankan   kebaikan
                                                penggunaan minyak sawit dalam produk makanan.

                                                5.Keperluan gunatenaga buruh

                                                Persefahaman  telah  dibentuk  untuk  membekalkan  buruh  dari
                                                negara yang berlebihan seperti Indonesia, Filipina dan Thailand ke
                                                negara  yang  kurang  buruh  seperti  Malaysia  dan  Singapura.  Bagi
                                                Malaysia  gunatenaga  asing  telah  membantu  menggerakkan  sektor
                                                perladangan,  pembinaan  dan  perkhidmatan  amah.  Malaysia  juga
                                                menerima  kemasukkan  pakar  asing  terutama  dalam  bidang  IT  dari
                                                India.
                                                6. Teknologi Penyelidikan dan Pembangunan

                                                Kerjasama  serantau  juga  memberi  faedah  peningkatan  teknologi
                                                kepada  negara  sedang  membangun.  Ia  berdasarkan  perkongsian
                                                pintar dan kerjasama menang-menang. Teknologi ini dapat dipelajari
                                                oleh pekerja tempatan.  Malahan syarikat asing yang memindahkan
                                                hub  pengeluaran  mereka  akan  berusaha  meningkatkan  kualiti
                                                barangan agar dapat diterima dipasaran. Pemindahan teknologi akan
                                                berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.

                                                (d) menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau
                                                yang meliputi
                                                1. Perbezaan ekonomi antara negara anggota

                                                Tahap  pembangunan  ekonomi  yang  berbeza  telah  menjuadi
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150