Page 140 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 140
sesama sendiri. Pengusaha dikalangan negara anggota akan
mewujudkan satu mekanisma pasaran yang mencakupi
perkongsian teknologi, bahan mentah, kepakaran dan rangkaina
pemasaran.
5. Faedah Kos Berbanding
Setiap negara anggota akan mengkhusus dalam pengeluaran
barangan atau perkhidmatan yang mereka memiliki kelebihan.
Faedah kos berbanding ini akan membawa keuntungan kerana harga
produk yang dikeluarkan akan berkurangan. Ia lebih menjimatkan
kos, penggunaan bahan mentah dan memperolehi perkongsian
teknologi dan kemahiran.
6. Menjamin bekalan berterusan
Setiap negara akan menikmati jaminan bekalan barangan yang
berterusan. Sebarangan gangguan pasaran yang boleh
menyebabkan kekurangan bekalan akan ditampung melalui import
dari negara anggota sendiri. Contohnya kekurangan bekalan beras di
Malaysia ditampung melalui persetujuan perbekalan dari negara
jiran seperti Thailand dan Vietnam.
Faedah-Faedah yang diterima Malaysia daripada AFTA
1. Faedah yang diterima penduduk
i. Harga barangan dan perkhidmatan lebih murah –
disebabkan perlaksanaan cukai rendah atau penghapusan dasar
perlindungan, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan menjadi
lebih murah. Ia boleh merangsang ekonomi kerana pendapatan
bolehguna penduduk meningkat. Barangan dan perkhidmatan juga
lebih berkualiti.
ii. Pilihan pengguna yang lebih banyak – kemasukan barangan
dan perkhidmatan luar akan mempelbagaikan produk di pasaran.
Monopoli pasaran sebelumnya akan berkurangan. Pengguna lebih
banyak pilihan di pasaran untuk membeli barangan.
iii. Menjana peluang pekerjaan – aktiviti pengeluaran sama ada
industri atau pertanian akan meningkat bagi memenuhi permintaan
pasaran AFTA. Kesannya, peluang pekerjaan akan bertambah
sekaligus mengurangkan kadar penggangguran.
2. Faedah kepada pengilang dan pengusaha
i. Pengkhususan aktiviti pengeluaran – kerjasama antara
pengusaha dikalangan negara AFTA akan menjimatkan kos dan
meningkatkan kecekapan pengeluar. Ia mendatangkan keuntungan
pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi seperti
penjimatan kos buruh, kos bahan mentah, dan kos pengangkutan.
ii. Pembangunan Teknologi dan Kepakaran – untuk mencapai
daya saing kompetatif dalam pasaran AFTA, kebanyakkan syarikat
akan berusaha meningkatkan teknologi dan R & D. Ia bertujuan
memenuhi kepelbagaian citarasa pengguna dari segi kualiti dan