Page 138 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 138
dan yang terakhir Timur Leste.
Objektif Penubuhan ASEAN
Antara ojektif penubuhan ASEAN ialah:
1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan
pembangunan seni dan kebudayaan di kalangan negara anggota
ASEAN.
2. Memberikan kerjasama dan bantuan antara negara anggota
dalam pelbagai bidang termasuk latihan, pendidikan dan teknikal.
3. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara melalui pematuhan prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu.
4. Meningkatkan taraf hidup penduduk di kalangan negara anggota
ASEAN. Ia boleh dicapai melalui kerjasama pembangunan ekonomi,
perindustrian, pertanian, perdagangan dan kewangan.
5. Meningkatkan kerjasama menghadapi ancaman luar di kawasan
perairan bersama seperti ancaman lanun, pengganas, dan
pencemaran merentasi sempadan. Mewujudkan sistem amaran awal
untuk menghadapi ancaman jerebu dan tsunami.
Faedah-Faedah sosio-ekonomi yang diperolehi Malaysia
menyertai ASEAN
1. Pasaran
Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia mudah
menembusi pasaran negara-negara anggota ASEAN lain.
Persetujuan persefahaman berkaitan regim cukai dan halangan
tariff dapat dikurangkan tanpa sekatan dan halangan. Sebaliknya,
Malaysia juga dapat menikmati barangan atau produk lebih murah
jika dikeluarkan di negara anggota ASEAN lain.
2. Bekalan buruh
Kekurangan buruh terutama dalam sektor pertanian, perindustrian,
pembinaan, dan perkhidmatan akan ditampung melalui import
buruh asing dari negara anggota. Ia menjamin sektor ekonomi
berjalan lancar. Malahan Malaysia menikmati kemasukan tenaga
mahir dan kepakaran dari negara anggota lain terutama dalam
bidang perubatan, pendidikan tinggi, dan teknologi maklumat.
3.Aliran Modal
Kekurangan modal tempatan akan ditampung oleh kemasukan
modal asing dari negara anggota. Pelaburan langsung (FDI) dari
negara ASEAN yang lebih maju seperti Singapura akan
meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Malaysia juga
menyediakan koridor pembangunan seperti di Koridor
Pembangunan Wilayah Iskandar, Johor bagi memudahkan pelabur
menanam modal.