Page 139 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 139
4. Peningkatan KDNK
Pertambahan eksport barangan dan perkhidmatan ke negara-negara
anggota ASEAN akan menambah kutipan cukai eksport dan cukai
perkhidmatan. Malaysia akan memperolehi keuntungan dari regim
pertukaran mata wang asing. Ia akan meningkatkan KDNK
negara.
5. Pertambahan Peluang Pekerjaan
Pertambahan aliran FDI dan aktiviti industri akan meningkatkan
permintaan ke atas buruh. Banyak peluang pekerjaan baru akan
muncul. Kadar pengangguran dalam negara akan berkurang.
Taraf hidup penduduk turut meningkat, sekaligus akan
mengukuhkan kuasa beli penduduk tempatan.
6. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan
Peningkatan kegiatan ekonomi turut memberi kesan limpahan ke
atas kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Pembinaan
lapangan terbang antarabangsa baru, pelabuhan, lebuhraya, dan
landasan kereta api yang cekap. Sistem perhubungan juga
dinaiktaraf bagi memudahkan capaian maklumat seperti akses
internet.
ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Faktor-Faktor penubuhan AFTA
1. Aliran Perdagangan antara negara Asean
AFTA ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan sesama
negara anggota Asean. Halangan perdagangan antara negara cuba
dihapuskan melalui penghapusan tariff perdagangan, dasar
perlindungan dan kerenah birokrasi. Imbangan perdagangan lebih
seimbang antara negara anggota.
2. Pasaran
Barangan sesebuah negara anggota boleh dipasarkan disemua
negara anggota Asean yang mengamalkan pasaran bebas. Saiz
pasaran barangan dan perkhidmatan lebih besar kerana penduduk
Asean melebihi 500 juta berbanding penduduk, misalnya Malaysia
cuma 28 juta.
3. Ancaman Globalisasi
Amalan pasaran bebas dalam era globalisasi ekonomi memberi
kelebihan kepada negara kaya dan maju. Lambakan barangan akan
berlaku dalam pasaran ASEAN. AFTA membolehkan monopoli
pasaran dikurangkan. Pasaran akan turut dipenuhi dengan
barangan dikalangan negara ASEAN.
4. Persaingan
Kerjasama pasaran akan lebih mantap. Setiap negara anggota yang
mengeluarkan barangan yang sama akan mengelak untuk bersaing