Page 144 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 144
berkenaan yang memiliki Keluaran Negara Kasar antara terbesar di
dunia.
2. Ia membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar dunia
dengan diterajui Amerika Syarikat dengan jumlah dagangan
barangan dan perkhidmatan bernilai USD 1.6 trillion pada tahun
2009. Nilai pelaburan langsung (FDI) pula berjumlah USD 357.7
billion pada tahun yang sama melibatkan sektor insuran, perbankan,
perkilangan dan perlombongan.
3. Matlamat utama NAFTA ialah menghapuskan halangan pasaran
yang boleh menyekat pasaran bebas di ketiga-tiga negara. Ia melibat
semua barangan dan perkhidmatan dan semua sektor ekonomi
termasuklah pertanian, penternakan, perlombongan, perindustrian
dan perkhidmatan. Di samping itu ia juga bertujuan meningkatkan
nilai perdagangan antara negara anggota.
4. Pembentukan blok NAFTA telah memberi impak besar kepada
nilai perdagangan antara negara anggota. Saiz penduduk di ketiga-
tiga negara berjumlah 450 juta orang dengan USD 17 trillion nilai
barangan dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan menjadikannya
kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.
5. Nilai dagangan telah bertambah dari USD 297 billion pada tahun
1993, sebelum pembentukan NAFTA kepada USD 1.6 trillion pada
tahun 2009. Pertambahan ini diterajui oleh ekspot perkhidmatan
kewangan, kesihatan, produk pertanian dan ternakan, serta hasil
petroleum dan gas asli yang lebih murah.
6. Taraf hidup di Mexico telah meningkat. Upah buruh di Mexico
secara relatifnya meningkat berbanding sebelumnya. Penduduk
Mexico juga dapat memiliki barangan dan perkhidmatan negara AS
san Kanada dengan lebih murah kerana cukai telah direndahkan
walaupun belum dihapuskan sepenuhnya.
7. Namun terdapat kesan negatif disebalik pembentukannya.
Banyak syarikat di Amerika Syarikat telah memindahkan operasinya
ke Mexico yang menawarkan upah buruh murah. Buruh di AS
kehilangan pekerjaan manakala buruh di Mexico masih menerima
upah rendah.
8. Kesan ini juga melibatkan sektor pertanian Mexico yang tidak
dapat bersaing dengan firma AS dan Kanada yang lebih maju dan
memiliki dana besar. Terdapat ladang pengusaha Mexico yang telah
berpindah tangan kepada pelabur AS.
4.2.2 Kepentingan dan (c) menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari
Halangan segi
1. Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia
Globalisasi ekonomi memberi kelebihan kepada syarikat besar dari
negara maju untuk menguasai pasaran. Syarikat kecil dari negara
sedang membangun sukar bersaing kerana kekurangan modal,
tingkat teknologi pengeluaran rendah dan tidak memiliki rangkaian
pemasaran cekap. Melalui pakatan ekonomi serantau tekanan
persaingan dapat dikurangkan. Persaingan menjadi lebih adil