Page 141 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 141

harga yang mampu beli.

                                                3.   Faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia

                                                i.      Meningkatkan  aliran  perdagangan  –  penghapusan  halangan
                                                tariff  dan  cukai  akan  meningkatkan  aliran  perdagangan  Malaysia
                                                dengan  rakan  dagangan  ASEAN.  Pendapatan  eksport  negara  akan
                                                meningkat dan defisit imbangan perdagangan akan diperbaiki.

                                                 ii.   Perluasan pasaran – pembentukan AFTA akan meluaskan saiz
                                                pasaran. Jumlah penduduk ASEAN  melebihi 530 juta akan memberi
                                                perluasan  barangan  dan  perkhidmatan.  Produk  Malaysia  akan
                                                dipasarkan di setiap negara anggota. Malahan pasaran Malaysia juga
                                                menerima lambakan produk luar. Bekalan barangan di pasaran akan
                                                bertambah.

                                                iii.   Mengurangkan tekanan globalisasi – disebabkan pembukaan
                                                pasaran ASEAN, barangan dari negara maju seperti Jepun, Amerika
                                                Syarikat dan lain-lain akan turut berada di pasaran. Melalui AFTA
                                                barangan  dikalangan  negara  ASEAN  akan  bersaing  dan
                                                mengurangkan  kebergantungan  produk  negara  maju.  Ancaman
                                                lambakan barangan tidak berkualiti dapat dikurangkan.

                                                iv.    Kemasukan pelabur asing – Pasaran modal dalam negara juga
                                                berkembang.  Pelaburan  asing  dari    ASEAN  akan  bertambah.  Ia
                                                dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi khususnya perindustrian.

                                                iii) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) :
                                                Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec)

                                                1.  APEC ditubuhkan pada tahun 1989 dan dianggotai oleh negara-
                                                negara yang berada dalam lingkungan Lautan Pasifik. Ini bermakna
                                                keanggotaannya  terdiri  daripada  negara-negara  di  benua  Amerika,
                                                Asia dan  Kepulauan Asia-Oceania.

                                                2.    Ini  bermakna  keanggotaan  APEC  terdiri  daripada  negara  maju
                                                seperti  Amerika  Syarikat,  Jepun, Korea  Selatan,  China,  Singapura,
                                                Kanada,  Australia  dan  New  Zealand  dan  negara-negara  sedang
                                                membangun  seperti  Malaysia,  Thailand,  Indonesia,  Filipina  dan
                                                Mexico.

                                                3.    Apec  bukanlah  sebuah  pertubuhan  kerangka  ekonomi  yang
                                                memerlukan  setiap  negara  anggota  melaksanakan  objektif
                                                penubuhannya  secara  total  (paksa)  tetapi  perlaksanaannya  adalah
                                                secara sukarela berdasarkan keperluan sesebuah negara.
                                                4.      Bagi  setiap  pertubuhan  kerjasama  ekonomi,  APEC  juga  tidak
                                                ketinggalan  mengutamakan  pertumbuhan  dan  pembangunan
                                                ekonomi  setiap  negara  anggota.  Faedah  pertumbuhan  dan
                                                pembangunan ini akan memberi keuntungan kepada setiap penduduk
                                                dikalangan negara anggota.

                                                5.      Bagi  merealisasikan  matlamat  tercapai,  setiap  negara  anggota
                                                akan  membuka  pasaran  mereka  dan  menghapuskan  halangan-
                                                halangan  pasaran  selaras  dengan  prinsip  WTO  dan  GATT.
                                                Melaluinya  sistem pasaran bebas akan menjamin perdagangan yang
                                                lebih  adil  sesama  negara  anggota  dan  negara  dalam  blok
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146