Page 142 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 142
perdagangan lain seperti EU.
6. Bentuk kerjasama APEC hanya tertumpu kepada bidang
ekonomi sahaja. Strategi baru dirangka untuk memudahkan
pergerakan barangan dan perkhidmatan dikalangan negara anggota.
Ia turut melibatkan aliran keluar-masuk FDI, teknologi pengeluaran,
sumber tenaga, pembangunan modal insan dan infrastruktur. Ia
selaras dengan Deklarasi Bogor yang menuntut setiap negara
anggota bersetuju mengamalkan sistem pasaran bebas dalam aktiviti
perdagangan.
7. Deklarasi ini juga bersetuju untuk mewujudkan lebih banyak
peluang kepada FDI melabur dikalangan negara anggota. Ia akan
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Taraf hidup akan meningkat dan akan memberi kesan
limpahan ekonomi dalam jangka panjang.
(iv)Kerjasama ekonomi antara negara Asia Timur;
Perundingan Ekonomi Asia Timur (Eaec)
1. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) ditubuhkan hasil
ilham bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada tahun 1990. Ia timbul kesan daripada pembentukkan blok-blok
perdagangan di kawasan lain seperti NAFTA dan EU. Namun EAEC
bukanlah sebuah blok perdagangan seperti yang lain tetapi hanyalah
sebuah kumpulan perunding yang melibatkan negara-negara Asia
Timur.
2. Keanggotaan EAEC terdiri daripada semua negara-negara
ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.
3. Matlamat utama EAEC ialah:
i. meningkatkan kerjasama politik antara negara anggota untuk
menyelesaikan isu-isu berkaitan perdagangan antara negara anggota
dan blok perdagangan lain.
ii. mempromosi dan mengukuhkan perdagangan bebas yang
menjadi amalan perdagangan pada masa kini,
iii. mempertingkatkan pesefahaman negara anggota bagi
memastikan aliran perdagangan pelbagai hala sentiasa harmoni dan
membawa keuntungan kepada setiap negara anggota,
iv. memastikan hal-hal berkaitan perdagangan antara negara dan
blok perdagangan dapat dirundingkan dengan adil dan tidak
hanya memihak negara maju.
4. Walau bagaimanapun EAEC ditubuhkan bukan bertujuan menjadi
blok perdagangan tetapi hanya sebuah forum perundingan
perdagangan. Ia akan menjadi pemangkin kepada penubuhan
sebuah blok perdagangan yang lebih kuat dan berpengaruh
di masa depan.