Page 105 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 105
Bab 4 Operasi Set
Contoh 7
Sebanyak 200 orang pelajar universiti disoal selidik tentang penggunaan alat teknologi. Hasil kajian
1
menunjukkan 155 orang pelajar memiliki telefon bimbit, 90 orang pelajar memiliki komputer riba,
37 orang pelajar memiliki tablet, 4 orang pelajar memiliki kedua-dua komputer riba dan tablet
sahaja, 50 orang pelajar memiliki kedua-dua telefon bimbit dan komputer riba sahaja, 5 orang
pelajar memiliki telefon bimbit dan tablet sahaja dan 83 orang pelajar memiliki telefon bimbit
sahaja. Hitung
(a) jumlah pelajar yang memiliki ketiga-tiga alat teknologi tersebut.
(b) jumlah pelajar yang tidak memiliki ketiga-tiga alat teknologi tersebut.
Memahami masalah
Jumlah pelajar = 200 telefon bimbit = 155 komputer riba = 90 tablet = 37
telefon bimbit dan komputer riba sahaja = 50 komputer riba dan tablet sahaja = 4
telefon bimbit sahaja = 83 telefon bimbit dan tablet sahaja = 5
4
BAB Hitung,
(a) jumlah pelajar yang memiliki ketiga-tiga alat teknologi tersebut.
(b) jumlah pelajar yang tidak memiliki ketiga-tiga alat teknologi tersebut.
Merancang strategi
ξ = {200 orang pelajar}
B = {pelajar yang memiliki telefon bimbit}
K = {pelajar yang memiliki komputer riba}
T = {pelajar yang memiliki tablet}
Lukis gambar rajah Venn yang mewakili semua maklumat yang diberikan.
Melaksanakan strategi Langkah:
1. Lukis gambar rajah Venn seperti
ξ di sebelah dengan maklumat yang diberikan
B K 2. Hitung nilai, x = 155 − 83 − 50 − 5
83 50 y x = 17
x 3. Hitung nilai, y = 90 − 50 − 4 − 17
5 4 y = 19
T p 4. Hitung nilai, p = 37 – 5 – 17 – 4
q p = 11
5. Hitung nilai, q = 200 – 83 – 50 – 5 – 4 – x – y – p
q = 200 – 83 – 50 – 5 – 4 – 17 – 19 – 11
q = 11
Kesimpulan
(a) 17 orang pelajar memiliki ketiga-tiga alat teknologi.
Saiz sebenar
(b) 11 orang pelajar tidak memiliki ketiga-tiga alat teknologi tersebut.
104