Page 104 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 104

Bab 4  Operasi Set
                          Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah yang                      Standard
                          melibatkan persilangan set?                                       Pembelajaran             1

                        Contoh     6                                                     Menyelesaikan masalah
                                                                                         yang melibatkan
                      Sebanyak 140 orang murid tingkatan lima diberi peluang untuk menyertai   persilangan set.
                      kelas intensif untuk mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.
                      Sebanyak 65 orang murid memilih kelas Bahasa Melayu, 70 orang murid memilih kelas Sejarah
                      manakala 50 orang murid memilih kelas Bahasa Melayu dan Sejarah. Hitung
                      (a)  jumlah murid yang dapat menyertai kelas intensif.
                      (b)  jumlah murid yang tidak menyertai sebarang kelas.


                          Memahami masalah
                        Jumlah murid = 140                  Kelas Bahasa Melayu = 65
                        Kelas Sejarah = 70                  Kelas Bahasa Melayu dan Kelas Sejarah = 50               4
                        Hitung
                        (a)  jumlah murid yang dapat menyertai kelas intensif.                                       BAB
                        (b)  jumlah murid yang tidak menyertai sebarang kelas intensif.


                          Merancang strategi

                        ξ  =  {jumlah murid}
                        B  =  {murid memilih kelas Bahasa Melayu}
                        S  =  {murid memilih kelas Sejarah}
                        Lukis gambar rajah Venn mewakili semua maklumat yang diberikan.


                          Melaksanakan strategi                 Langkah:
                                                                1.  Isikan n(B ù S) = 50.
                           65 – 50 = 15    70 – 50 = 20         2.  Isikan bilangan murid yang hanya
                                                                   mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu.
                         ξ                                         65 − 50 = 15
                              B                   S
                                                                3.  Isikan bilangan murid yang hanya
                                 15    50    20                    mengambil mata pelajaran Sejarah.
                                                                   70 − 50 = 20
                                                   55           4.  Murid yang menyertai kelas intensif
                                                                   15 + 50 + 20 = 85
                                                                5.  Murid yang tidak menyertai kelas intensif
                           15 + 50 + 20 = 85  140 – 85 = 55        140 − 85 = 55


                          Kesimpulan
                        (a) 85 orang murid memilih kelas intensif.
                        (b) 55 orang murid tidak menyertai sebarang kelas intensif.                   Saiz sebenar


                                                                                                            103
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109