Page 256 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 256
Bab 9 Kebarangkalian Peristiwa Bergabung
2. Sebiji telur dipilih secara rawak daripada ladang penternakan.
K ialah peristiwa telur yang dipilih retak.
L ialah peristiwa telur yang dipilih gred A.
M ialah peristiwa telur yang dipilih gred C.
Tentukan sama ada pasangan peristiwa berikut ialah peristiwa
saling eksklusif atau peristiwa tidak saling eksklusif.
(a) K dan L (b) K dan M (c) L dan M
ZON INFORMASI
3. Seorang pelancong dipilih secara rawak di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. Negara Asean:
Malaysia, Brunei,
R ialah peristiwa pelancong dipilih berasal dari Eropah. Singapura, Kemboja,
Indonesia, Vietnam,
S ialah peristiwa pelancong dipilih berasal dari negara ASEAN. Myanmar, Filipina,
T ialah peristiwa pelancong dipilih berasal dari negara Komanwel. Thailand, Laos.
Negara Komanwel:
Tentukan sama ada pasangan peristiwa berikut ialah peristiwa Negara-negara
saling eksklusif atau peristiwa tidak saling eksklusif. yang pernah dijajah
oleh British.
(a) R dan S (b) R dan T (c) S dan T
Bagaimanakah anda mengesahkan rumus kebarangkalian Standard
peristiwa bergabung bagi peristiwa saling eksklusif dan Pembelajaran
peristiwa tidak saling eksklusif? Mengesahkan rumus
kebarangkalian peristiwa
bergabung bagi peristiwa
saling eksklusif dan peristiwa
Rangsangan Minda 5 tidak saling eksklusif.
Tujuan: Mengesahkan rumus kebarangkalian peristiwa bergabung bagi peristiwa saling
eksklusif dan peristiwa tidak saling eksklusif.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang sesuai.
2. Teliti kes berikut:
Fahmi mengadakan rumah terbuka bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Sebanyak 80 orang tetamu mengunjungi rumah terbuka tersebut.
2 daripada tetamu yang mengunjungi rumah terbuka itu ialah rakan sekerja Fahmi.
5
Sebanyak 55 orang tetamu hadir bersama ahli keluarga. 18 daripadanya ialah rakan sekerja Fahmi.
1 daripada tetamu yang mengunjungi rumah terbuka itu ialah rakan sekolah anak Fahmi.
10
Semua rakan sekolah anak Fahmi tidak datang bersama ahli keluarga. 9
Seorang tetamu yang mengunjungi rumah terbuka Fahmi dipilih secara rawak.
A ialah peristiwa tetamu yang dipilih datang bersama ahli keluarga. BAB
B ialah peristiwa tetamu yang dipilih ialah rakan sekerja Fahmi.
C ialah peristiwa tetamu yang dipilih ialah rakan sekolah anak Fahmi.
Saiz sebenar
255