Page 177 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 177

BAB 5   Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi






                  Pada akhir bab ini, saya dapat

                   membezakan antara bentuk kongruen dan bukan kongruen berdasarkan sisi
                   dan sudut.
                   membuat dan menentusahkan konjektur terhadap kekongruenan segi tiga
                   berdasarkan sisi dan sudut.
                   menyelesaikan masalah yang melibatkan kekongruenan.
                   menjelaskan maksud keserupaan objek geometri.
                   membuat perkaitan antara keserupaan dengan pembesaran dan seterusnya
                   memerihalkan pembesaran menggunakan pelbagai perwakilan.

                   menentukan imej dan objek bagi suatu pembesaran.
                   membuat dan mengesahkan konjektur tentang hubungan antara luas imej dan
                   luas objek bagi suatu pembesaran.
                   menyelesaikan masalah yang melibatkan pembesaran.

                   menentukan imej dan objek bagi suatu gabungan transformasi.
                   membuat dan menentusahkan konjektur tentang sifat kalis tukar tertib
                   terhadap gabungan transformasi.
                   memerihalkan gabungan transformasi.
                   menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan transformasi.
                                                                                                              5
                   menjelaskan maksud teselasi.
                   mereka bentuk teselasi yang melibatkan transformasi isometri.                              BAB






                    PROJEK  MINI
                    PROJEK  MINI
                     PROJEK MINI
                     Pakaian  batik  merupakan  satu  daripada  warisan  budaya  yang  istimewa  di  Malaysia.
                     Rekaan corak pada batik Malaysia terkenal di peringkat dunia. Gunakan kreativiti anda,
                     reka corak batik yang berwarna-warni dengan menggunakan teselasi jenis Escher. Anda
                     boleh gunakan perisian geometri dinamik atau bahan konkrit untuk menghasilkan corak
                     batik tersebut. Kemudian, pamerkan hasil kerja anda di dalam kelas.















                                                                                                  167
                                                                                                  KPM
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182