Page 173 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 173
BAB 5 Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi
Bagaimanakah mereka bentuk teselasi?
MobiLisasi Minda 7 Berpasangan Mereka bentuk teselasi
Tujuan: Mereka bentuk teselasi dengan transformasi isometri yang melibatkan
transformasi isometri.
Langkah:
1. Buka fail GGB507 untuk aktiviti ini.
Imbas kod QR atau
layari bit.do/GGB507
untuk mendapatkan fail
GeoGebra aktiviti ini.
2. Tekan ‘Animasi’.
3. Perhatikan transformasi yang terlibat dalam penghasilan suatu teselasi.
4. Seret gelongsor ‘Kelajuan animasi’ dengan kelajuan yang sesuai.
5. Tekan ‘Semula’ jika ingin membuat pemerhatian sekali lagi.
Perbincangan:
1. Berapa jenis transformasi yang digunakan untuk mereka bentuk teselasi dalam
aktiviti ini? Nyatakan kesemua transformasi tersebut.
2. Bincangkan cara gabungan transformasi digunakan dalam mereka bentuk teselasi. 5
BAB
Hasil daripada Mobilisasi Minda 7, didapati bahawa kita dapat mereka bentuk teselasi dengan
menggunakan transformasi isometri seperti translasi, pantulan dan putaran.
Berikut menunjukkan beberapa langkah yang terlibat semasa menghasilkan teselasi dalam
aktiviti di atas.
H ialah imej bagi G di bawah putaran
150° lawan arah jam pada pusat R
1
→
R 1 v 1 L ialah Transformasi isometri
G H imej bagi merupakan transformasi
yang menghasilkan imej
K L K di bawah yang kongruen dengan
translasi objek.
dengan
→
vektor v 1
B
N ialah
N M imej bagi
M di bawah
pantulan pada
C garis BC
163
KPM