Page 10 - Amali Biota Tanah
P. 10
Perbincangan
1. Bagaimanakan kepelbagaian makrofauna dari dua lokasi berbeza?
Lokasi tanah yang berbeza boleh menghasilkan variasi makrofauna. Lokasi yang berbeza
mempunyai makrofauna yang berbeza. Ini adalah disebabkan oleh faktor abiotik kandungan
tanah di lokasi tersebut dimana merangkumi tahap naungan, kelembapan/kekeringan tanah,
kemampatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut. Daripada keputusan yang diperolehi, tanah
dari lokasi A iaitu di tempat pembakaran sampah mengandungi lebih makrofauna apabila
dibandingkan dengan sampel tanah B yang diambil dari kawasan kebun pisang yang sedikit
kering.Dalam ekosistem tanah di lokasi A, lantai tanah ditutupi dengan dedaun, ranting dan
pokok-pokok mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut dan lembap.
Pokok-pokok rambutan di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang
menghuni di kawasan ini seperti burung, siput dan semut di mana mereka membina sarang pada
pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai tanah.
2. Peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Makrofauna berfungsi sebagai sebuah jaringan makroorganisma di dalam tanah yang
menyeimbangkan sifat fizikal tanah melalui proses “imobilisasi” dan “humifikasi”. Makrofauna
tanah yang terdiri daripada pelbagai jenis fauna serta mendapan nutrient organik dapat
membantu mencegah hakisan tanah, melembapkan tanah, mencipta ruang pengudaraan,
bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biogeokimia dan meningkatkan
kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah pada kawasan tersebut. Sebahagian besarnya
makrofauna ini terdiri daripada kelompok arthropods iaitu kutu kayu (Woodlices), semut, kelekatu,
cacing grindal dan cacing tanah. makrofauna amnya berperanan bagi menjamin keseimbangan
ekosistem tanah, memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah, proses humifikasi
(pematangan bahan organik) serta memperbaiki struktur di samping pembentukan tanah (rujuk
jadual 6 dibawah).
Malah, dapat dilihat sesetengah tinggalan makrofauna yang telah mati di akhir hasil
eksperimen seperti cangkera siput panjang kecil dan siput panjang besar. Kita tahu kebanyakan
siput merupakan herbivor. Pada jaringan makrofauna yang ditemukan melalui eksperimen
menunjukkan siput telah mati dan tiada lagi kewujudan bangkai di dalam cangkerang tersebut.
Jadi, hal ini menunjukkan bahawa bangkai tersebut telah mengalami proses penguraian
disebabkan oleh organisma pengurai seperti kutu kayu, cacing, fungi dan bakteria. Siput-siput
yang telah terurai akan membebaskan nutrien-nutrien dan bahan-bahan bukan organik seperti
nitogen dan karbon yang membantu pertumbuhan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.